PEMBURUAN badak liar secara haram merupakan satu bentuk kekejaman terhadap haiwan.
|
PESAKIT kanser di Vietnam yang terdesak mendapatkan penawar melihat
tanduk badak sebagai penamat kesengsaraan. Obsesi tersebut mengancam
kelangsungan hidup badak liar yang kian berkurang jumlahnya.
Khasiat yang terkandung dalam tanduk haiwan tersebut menyamai protein
yang ditemui di dalam kuku manusia. Walaupun mahal, ia terus mendapat
permintaan yang tinggi sekali gus mendorong pembunuhan badak oleh
pemburu haram tanpa henti di Afrika Selatan.
"Saya disahkan menghidap kanser perut sembilan tahun lalu. Pelbagai
usaha dilakukan termasuk mengambil ekstrak tanduk badak setiap hari.
Kini doktor memberitahu keadaan saya stabil.
"Saya ada duit yang banyak, sudah berusia dan masih ingin hidup. Saya
tidak mempunyai alasan untuk tidak membelanjakan wang bagi membeli
tanduk badak yang mahal itu," ujar seorang lelaki tua yang kaya di Hanoi
yang hanya mahu dikenali sebagai Nguyen Hung.
Kepercayaan bahawa tanduk badak mampu menyembuhkan pesakit kanser
bagaimanapun ditolak oleh kajian perubatan. Tiada bukti kukuh menyokong
kenyataan itu secara saintifik malah dua orang penghidap kanser yang
menggunakan tanduk haiwan tersebut sebagai teknik rawatan, mati sebelum
sempat ditemu bual AFP.
Namun kebanyakan orang Vietnam masih berpegang kepada teori yang
dicipta mereka itu. Ia terus menjadi pilihan warganegara itu yang
menganggap ia sebagai penawar ajaib.
Budaya tradisional
Tran Thi Hiep, 60, seorang pesara kerajaan yang mempunyai tumor di
lehernya, telah menggunakan tanduk badak sebagai penyembuh sejak enam
tahun lalu. Menurut wanita itu, mengikut budaya tradisional Vietnam,
mereka perlu mencuba segala jenis penawar termasuk tanduk badak.
"Apabila sakit, kita perlu berdoa di empat penjuru bumi bagi
mendapatkan penawar," ujar Thi Hiep yang memetik pepatah Vietnam yang
popular.
Jalan Lan Ong di Hanoi ialah hab untuk kedai-kedai ubat tradisional
yang sentiasa sibuk. Hampir setiap kedai menjual semangkuk penawar
istimewa yang mengandungi hampas tanduk badak di permukaannya.
SEORANG lelaki menunjukkan cara-cara mengasah tanduk badak dengan pinggan seramik untuk mendapatkan serbuk tanduk.
"Tanduk badak digunakan bagi mencegah dan merawat kanser. Anda perlu
mengisarnya sehingga menjadi serbuk sebelum mencampurkannya bersama air
atau alkohol," kata Tran Thu Thao, pakar perubatan tradisional Vietnam.
Nilai 100 gram (g) ekstrak tanduk badak boleh mencecah 120 juta Dong
(RM17,994) di pasaran gelap. Disebabkan kesukaran mendapatkan tanduk
badak asli, wujud beberapa peniaga yang menawarkan tanduk palsu.
MALANG. Beginilah nasib seekor badak selepas tanduknya dipatahkan untuk tujuan komersial.
Produk mereka lebih berharga daripada dadah atau emas. Satu tanduk
badak boleh dijual sehingga AS$0.5 juta (RM1.6 juta) di Vietnam dan di
sebahagian Asia Tenggara.
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بينبع
نقل عفش بجدة
ReplyDeleteنقل عفش بابها
نقل عفش برابغ
شركات نقل العفش بجازان
نقل عفش بجازان
دينا نقل عفش داخل وخارج مكة
دينا نقل عفش داخل وخارج الرياض
شركات نقل العفش بخميس مشيط
افضل شركة نقل عفش بحائل
ReplyDeleteنقل عفش شركة المتحدة
دليل شركات نقل العفش
دليل شركات نقل العفش
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف