Telefon bimbit sumbang jenayah
Mohd Sabri Arsad
KUANTAN – Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyifatkan
penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah antara punca berlakunya
jenayah dalam kalangan pelajar.
Pengerusinya, Mohd Sabri Arsad berkata, pelajar sekolah menengah dilihat lebih ‘memanfaatkan’ telefon bimbit untuk memuat turun gambar dan menghubungi rakan di luar sekolah jika berlaku perkara yang tidak memuaskan hati mereka.
Menurutnya, melalui mesyuarat dan perjumpaan bersama ahli, ramai yang meluahkan pendapat bahawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan penggunaan telefon bimbit di sekolah.

“Selain kecurian telefon terutama sesi beriadah, tidak mustahil mereka
akan menghubungi kumpulan mereka di luar jika berlaku pergaduhan di
sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Justeru, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran Malaysia bekerjasama dengan syarikat komunikasi untuk pemasangan lebih banyak telefon awam di sekolah sesuai dengan jumlah pelajar.
Beliau berkata, sehingga kini, belum ada sebarang masalah berkaitan pemasangan telefon awam di dalam kawasan sekolah kerana sentiasa dipantau dan diletakkan di lokasi tumpuan dan pondok pengawal keselamatan.
Katanya, ibu bapa juga perlu faham bahawa kebaikan penggunaan telefon bimbit di sekolah hanya pada peringkat awal sahaja.
“Daripada pengalaman guru-guru, ada pelajar yang merakam gurauan rakan sendiri tetapi lama kelamaan, perkara itu boleh menjadi pergaduhan dan membawa kepada laporan yang salah.
“Telefon juga boleh mengganggu sesi pelajaran di kelas dan tiada tumpuan kepada guru,” katanya.

memang betul..menyusahkan..
ReplyDeletecikgu duk mengajor kat depan,murid sbuk duk sms kat pakwe ajak dating...tak fokus dalam pelajaran
Dia orang kena fikir pro and cons bila buat satu-satu keputusan .. rasanya banyak buruk dari baik..yang pasti hilang focus coz fikiran dok teringat kat phone aje...
ReplyDelete