Skip to main content

'Tijah' muncul semula selepas 50 tahun


KUALA TERENGGANU - Nama 'tijah' kini meniti di bibir penduduk Kampung Losong Atap Zink di sini, yang tidak sabar menunggu petang untuk ke Sungai Terengganu dan mengintai kelibatnya.
 
Namun, 'tijah' yang dimaksudkan bukan nama manja seorang wanita, sebaliknya sejenis hidupan sungai seakan remis yang didakwa penduduk dilihat kali terakhir kira-kira 50 tahun dahulu.
 
"Dah lama kita tak jumpa tijah...ada 50, 60 tahun rasanya, masa saya kecil dulu ada jumpa," kata Pengerusi Koperasi Rukun Tetangga Losong Atap Zink, Hasan Ismail kepada Bernama.
 
Katanya tijah dikesan semula kira-kira seminggu lepas oleh sekumpulan anak muda yang memancing di kawasan tersebut.
 
"Mereka tak kenal tijah, tapi ingat macam remis jadi mereka kutip dan bawa balik, lalu tersebar cerita," katanya.

Susulan itu, penduduk kawasan sekitar kini memenuhi tebing Sungai Terengganu untuk mencari dan mengutip hidupan tersebut sebaik air sungai surut.

 
"Ada orang yang dapat sehingga tiga kilo sekali cari. Ini satu rezeki yang tidak disangka kepada penduduk-penduk kampung Losong Atap Zink yang kebanyakan nelayan,"  katanya.
 
Sementara itu, Minah Ali, 54, dari Kampung Losong berkata tijah merupakan makanan kegemarannnya ketika kecil.
 
"Tijah ni macam remis, tapi lebih kecil. Cukup enak dimasak pedas atau gulai lemak," katanya yang tidak melepaskan peluang mencari hidupan itu sebaik mendengar cerita mengenainya.
 
Katanya beliau hanya ingat menikmati hidangan itu semasa kecil dahulu.

Bagi seorang nelayan, Awang Sulong, 55, beliau masih ingat ketika zaman kanak-kanak turun ke Sungai Terengganu untuk mencari tijah.

 
"Jika tiada ikan, tijah jadi lauk," katanya.
 
Beliau berkata tidak ramai yang mengenali hidupan itu, apatah lagi anak muda sekarang kerana tijah sukar ditemui. "Dulu tijah biasa dijual di pasar," katanya. - Bernama

Comments

  1. hhmm..dulu2 masa akak kecik selalu ikut ayah gi cari tijah kat kpg Losong tu..tunggu time air surut..sekarang ni mesti air sungai tu makin dalam sejak adanya masjid kristal...akak dulu duk kat Kmpung Losong Masjid....berjiran ngan Kampung Losong Atap Zink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke..akak pernah cari tijah, mesti sedap kan...nway Comel aja nama tijah kan kak...Cari dalam google gambar tijah tak jumpa..

      Delete
  2. This is truly astonishing to think about this in all detail and assuming you contemplate to think about the quickbooks startling blunder 5, click the connection and read the article about it and resolve your concernThis is truly astonishing to think about this in all detail and assuming you contemplate to think about the quickbooks startling blunder 5, click the connection and read the article about it and resolve your concern

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat