Wajah cair bagai lilin
MEMPUNYAI wajah yang seakan-akan cair seperti lilin, Mohammad Latif
Khatana yang berasal dari Kashmir, India, menempuh masa sukar dalam
hidupnya kerana wajah yang pelik.
Lelaki berusia 32 tahun yang hidup di wilayah sangat daif itu
menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menelan semua sindiran dan
cercaan orang ramai hanya kerana ketumbuhan di wajahnya.
Latif dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya tetapi ia mulai
membesar saban tahun sehingga akhirnya menutup muka dan
pancainderanya.
Anak bongsu daripada enam adik beradik itu merupakan satu-satunya
anggota keluarga yang menghidap penyakit yang dipanggil
neurofibromatosis itu.
Bagi Latif, adik-beradiknya merupakan inspirasi kehidupan tatkala dia kesunyian akibat dipinggirkan masyarakat sekeliling.
“Ibu masih menangis setiap kali melihat saya. Dia rasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib sebegini.
“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya
dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain. Saya kehilangan mata kiri
ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya si mata satu,”
katanya.
Tidak sempurna
Disebabkan wajahnya yang menakutkan, Latif tidak dapat mencari
pekerjaan dan terpaksa mengemis untuk mencari sesuap nasi untuk
kelangsungan hidup keluarganya. Hasil daripada simpati orang ramai,
beliau mampu memperoleh 400 rupee (RM25) sehari.
Kekurangan Latif juga menyebabkan dia sukar mencari jodoh. Ibu
bapanya berusaha mencari isteri untuknya tetapi tidak ada wanita yang
sudi berkahwin dengan Latif sehinggalah dia mendengar mengenai Salima.
“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki sahaja dan sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.
“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain.
Kami berdua tidak sempurna anggota dan itu menjadikan kami pasangan
yang sepadan,” katanya.
Kini dia gembira apabila mendapat berita wanita yang dikahwinnya itu
hamil tetapi dia begitu bimbang, anak yang bakal dilahirkan itu akan
berwajah sepertinya.
“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagiaan
dalam kehidupan saya. Tetapi saya bimbang dan berdoa setiap hari supaya
anak saya tidak dilahirkan seperti saya.
Kesengsaraan Latif itu turut dirasai oleh Chandra Wisnu, 57. Lelaki
separuh abad dari Indonesia itu menghidap penyakit sama seperti Latif,
bagaimanapun wajah Chandra ditumbuhi ketulan seperti gelembung tumbuh.
Ketulan kecil itu mula tumbuh di mukanya ketika dia berumur 19 tahun
tetapi ia hanya merebak ke bahagian belakang badannya pada usia 24
tahun. Dalam tempoh lapan tahun, seluruh tubuh Chandra ditumbuhi
gelembung.
Keadaan tersebut adalah kerana faktor genetik dan mungkin disebabkan
oleh kelainan pada sistem saraf yang menyebabkan tumor pada kulit atau
tulang. Walaupun diberikan bermacam-macam jenis krim, namun ketulan
tersebut terus merebak.
Sangat aneh
“Penyakit ini memberi kesan besar terhadap kehidupan saya, ketulan
itu sangat gatal dan sakit ketika cuaca panas. Bagi mengelakkan daripada
gatal dan menghentikan jelingan orang ramai, saya akan pakai jaket tiga
lapis dan menutup kepala jika hendak keluar.
“Orang tidak pernah mengolok-olok atau memperkecilkan saya secara
langsung, tetapi mereka merenung dan mengelakkan saya, kebanyakan orang
bertindak sangat aneh di sekeliling saya.
”Ia membuatkan saya berasa amat tidak selamat dan marah apabila orang
melayan saya dengan cara berbeza. Orang menjadi takut dengan muka saya
yang mengerikan dan bimbang akan berjangkit kepada mereka.
”Saya jarang keluar kecuali untuk mengambil anak perempuan saya dari
sekolah dengan menutup kepala dan muka kerana tidak mahu anak saya
dibuli kawan sekolahnya kerana mempunyai ayah seperti saya,” kata bapa
kepada empat orang anak itu.
Kebimbangan Chandra makin bertambah apabila dua orang anaknya iaitu
Martin Ananda dan Lis Chandra mempunyai ketumbuhan yang sama pada tubuh
mereka.
“Mereka hanya mempunyai beberapa ketulan kecil pada masa ini tetapi mereka bimbang akan datang ia akan menjadi lebih buruk.
“Saya amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang sanggup memberikan rawatan secara percuma.
“Tetapi sekarang satu-satunya penawar yang saya ada ialah keluarga yang terus memberikan sokongan moral,” ujarnya.
Source: Kosmo Online
Source: Kosmo Online
Bersyukur kitakan.......
ReplyDeleteSo True OKje..syukur Alhamdulillah
DeleteAre you getting quickbook startling blunder 5 over and over then you should go through this article to settle it quickbooks unexpected error 5: A QBs Repairing Guide
ReplyDelete