Wanita Ketagih Bermain Komputer, Biar Anak Kelaparan
PASIR GUDANG:
Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah
berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah
pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan
permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe
siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat
terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak
memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip
sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.
Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya. Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer. "Sejak lebih setahun lalu, dia datang ke pusat siber ini dan melayari permainan komputer. "Biasanya, dia menggendong anaknya selama beberapa jam, namun akibat leka bermain dan kepenatan, dia meletakkan anaknya dia kerusi sebelah. "Malangnya, dia tidak memberikan anaknya itu makanan hingga kanak-kanak itu terpaksa mencari sisa makanan dan ada satu ketika, budak itu cuba memakan makanan kucing, namun saya menegahnya," katanya. Raihan berkata, sebelum ini, dia telah beberapa kali menasihatkan wanita dikenali sebagai Sara itu supaya tidak membawa anaknya bersama. Bagaimanapun, katanya, wanita terbabit memberi alasan kononnya tiada penjaga di rumah sehingga memaksanya membawa kanak-kanak itu. Katanya, sepanjang berada di pusat siber itu, wanita terbabit tidak memberi perhatian kepada anaknya hingga menjejaskan keselesaan pelanggan lain. "Kami simpati melihat anak wanita itu kerana kerap keletihan apabila diarahkan duduk di atas kerusi selama beberapa jam sehingga terlena. "Malah, sekiranya membuat bising atau bermain, ibunya akan memarahi dan memukul kanak-kanak itu tanpa menghiraukan pengunjung lain," katanya. Raihan berkata, wanita itu pernah menyatakan dia ke pusat siber dengan izin keluarga. "Kami pelik dengan perbuatan Sara memandangkan anaknya menjadi mangsa berikutan ketagihannya bermain permainan komputer," katanya. Sementara itu, Sara ketika ditemui berkata, dia kesunyian di rumah dan berkunjung ke pusat siber antara lima hingga enam kali seminggu dengan menaiki bas. "Disebabkan anak masih kecil dan belum bersekolah, saya terpaksa membawanya sekali. "Semua ahli keluarga saya tahu hobi saya ini dan mereka tidak pernak memarahi saya," katanya. - Harian Metro |
apa punya mak lah...kesian anak...sedih betul
ReplyDeleteNakal mak dia ni...main game pulak tu...kalau berblog ok jugak ya..he..he..
Deleteade juga mak yg mcm ni ye, teringat kes dulu tu!
ReplyDeleteKes apa tu KA...
Delete