NAJIB (tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam
melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat
penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau
cadangan mengenai perkhidmatan awam.
Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada
cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini
dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
"Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan
perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh
rakyat.
"Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh
semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu
entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri
Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G.
Palanivel.
1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah
Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan
pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan
menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.
Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.
Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat
kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan
mencapai objektif dengan kos minimum.
"Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari,
tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu
yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini
ia menjadi satu kenyataan," katanya. - Bernama
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بينبع