KUANTAN - Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan
dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching
Selatan dekat sini semalam.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.
Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia sejurus selepas dikelar.
"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis," kata Mohd Jasmani.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.
Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. - Bernama

شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط