Dunia semakin tercemar
GENEVA - Agensi meteorologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pencemaran karbon dioksida (CO2) di udara adalah paling tinggi pada tahun lalu.
Agensi berkenaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Meteorologi Dunia
(WMO) memberitahu, kadar kandungan CO2 di atmosfera kini meningkat 40
peratus berbanding sebelum Zaman Industri yang bermula sekitar tahun
1700.
Beberapa pegawai WMO semalam turut berkata, terdapat 30 peratus
peningkatan kesan pemanasan iklim dunia antara tahun 1990 dan 2011 yang
berpunca daripada gas CO2 hasil pembakaran bahan api fosil.
Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud berkata, sebanyak 350 bilion
metrik tan gas CO2 dilepaskan ke atmosfera Bumi sejak tahun 1750. - AP
bumi semakin sakit dengan pencemaran
ReplyDeleteExactly .... kalau boleh scan bumi agak-agaknya camne rupa dia ya..
ReplyDelete