Skip to main content

Ekonomi Malaysia Makin Tenat ?


 

 KUALA LUMPUR - Trend pengambilan pekerja kekal berhati-hati dalam suku keempat 2012 berikutan kebimbangan terhadap ekonomi negara, demikian menurut syarikat pengambilan pekerja, JobStreet.com.

Dalam Laporan Tinjauan Pekerjaannya yang dikeluarkan hari ini, syarikat itu berkata aktiviti pengambilan pekerja kekal berhati-hati dalam suku keempat.

Sejumlah 341 pelanggan, pengurus dan pengurus kanan JobStreet.com dari pelbagai industri di Malaysia menyertai dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh agensi itu pada bulan Oktober.

Dalam satu kenyataan hari ini, JobStreet.com berkata meskipun dengan tinjauan ekonomi positif yang dijangka terus mengembang dalam separuh kedua 2012, sebahagian besar responden masih merasakan yang keadaan ekonomi negara telahpun mula perlahan.

"Hanya 10 peratus merasa yakin yang ekonomi negara akan meningkat."

Responden dari industri utama seperti pembuatan, perkhidmatan perniagaan, kewangan dan perbankan melaporkan yang mereka kemungkinan berhadapan dengan pertumbuhan pekerjaan paling rendah dalam tempoh satu tahun ini, kata JobStreet.com.

"Kira-kira 55 peratus daripada responden menyatakan sama ada akan mengambil kurang pekerja ataupun tidak akan mengendalikan sebarang pengambilan sementara baki 45 peratus mengatakan mereka sama ada meningkatkan ataupun mengekalkan kadar pengambilan dalam tempoh 12 bulan akan datang," tambahnya.



Untuk suku keempat, hanya 28 peratus daripada syarikat yang dikaji selidik berkata mereka memerlukan lebih daripada 10 pengambilan baharu sementara kebanyakan syarikat hanya mahu sedikit pekerja.

Untuk kebanyakan industri, pencari pekerjaan dengan kemahiran dalam jualan/pemasaran dan pembangunan perniagaan amat dikehendaki, diikuti dengan mereka yang berkemahiran dalam kejuruteraan, komputer dan teknologi maklumat (perisian), perakaunan dan pentadbiran.

Secara perbandingan dengan suku yang lepas, empat pengkhususan baharu telah memasuki 10 senarai teratas iaitu kejuruteraan mekanikal dan elektrik, sumber manusia dan pendidikan, latihan dan pembangunan.  - Bernama

Comments

  1. cuma boleh doakan agar semuanyer baik2 aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup KA..hopefully things getting better..kalau tak macam-macam masalah sosial nanti..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat