Gaza: Mereka kata Mohammed masih hidup! jerit Khalil al-Dallu ketika penyelamat menarik mayat seorang pemuda dari sebuah kediaman musnah dek serangan udara Israel.
Seramai 29 lagi penduduk
Gaza maut lewat kelmarin hingga semalam ketika operasi Israel masuk hari
ke-6 yang digelar Pillar of Defence (Operasi Tunjang Pertahanan).
Khalil mengalirkan air mata apabila dimaklumkan bahawa
sepupunya itu antara enam ahli keluarga al-Dallu yang maut selepas
peluru berpandu Israel menggegarkan kawasan kejiranan Nasser,
meruntuhkan kediaman tiga tingkat mereka.
Keluarga kami syahid! tangis beliau ketika mayat Mohammed al-Dallu dimasukkan ke dalam ambulans.
Apa dosa kanak-kanak dan bayi ini, Israel? jerit beliau. Sebelas mayat ditarik dari runtuhan bangunan itu dan kawasan sekitar.
Mayat isteri Mohammed, Suheila juga ditemui selain lima anak mereka, Jamal, Sara, Yussef, Ranin dan Ibrahim.
Mayat seorang wanita lain yang juga ahli keluarganya turut ditarik keluar. Serangan turut membunuh dua lagi jiran mereka dari keluarga Muzzana iaitu Amina Mattar, 83 dan Abdullah Mohammed, 22.
Bapa Mohammed, Jamal dan anak lelakinya, Abdullah, 17, terselamat. Ketika serangan mereka keluar membeli makanan.
Jamal sekadar mampu bersandar pada tiang elektrik sambil saudaranya memenuhi kawasan sekitar ketika cebisan mayat cucunya dikutip di kawasan yang pernah menjadi kediaman mereka.
Dalam keadaan yang hampir histeria kerana terlalu marah dan sedih, Ibrahim menjerit: Jangan beritahu abangnya Abdullah. Trauma akan membunuhnya! Abdullah, 26 pada masa ini belajar di Turki dalam bidang perubatan.
Di Ramallah, pergerakan Fatah dan Hamas memutuskan untuk bersatu ketika krisis berlangsung di Gaza.
Sesiapa yang kata kami tidak bersepakat adalah penjenayah mulai hari ini, kata pemimpin kanan Hamas, Mahmud al-Ramahi ketika 1,000 orang berhimpun membantah keganasan Yahudi.
Mulai sekarang, kami umumkan tiada lagi perpecahan, kata pegawai kanan Fatah, Jibril Rajoub.
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث
شركة نقل عفش بشرورة
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالاحساء
شركة نقل اثاث بالقطيف
نقل عفش بجدة
نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم