KANAK-KANAK itu bermain bersama abangnya Alex.
PRESTON: Seorang kanak-kanak menghidap masalah neurologi yang jarang berlaku, yang membuatnya tidak berhenti ketawa.
Elliot Eland dari Preston, Lancashire, dilahirkan dengan menghidap
sindrom Angelman, kecelaruan kromosom yang menyebabkan kesukaran belajar
dan sentiasa tersenyum.
Penghidap sindrom itu menunjukkan perilaku riang, selalu tersenyum atau ketawa dan kelihatan begitu mudah gembira.
Sindrom itu begitu jarang dihidapi hinggakan kurang daripada 1,000 kes dilapor di Britain.
Ibu Elliot, Gale berkata: “Apabila kami bersedih, ketawa Elliot
akan membantu kami melupakan masalah yang dihadapi. Anda hanya perlu
melihatnya dan ketawanya akan membuat kami gembira semula.
“Sekiranya anda mempunyai anak, anda pasti mahu mereka gembira. Elliot sentiasa gembira.”
Menurutnya, satu-satunya masalah ialah apabila Elliot bermain dengan abangnya, Alex.
“Apabila
Alex secara tidak sengaja disakiti Elliot, dia akan menangis. Tetapi
Elliot akan terus ketawa. Ia merisaukan kerana kami tidak mahu Alex
menyangka Elliot gembira apabila dapat menyakitinya,” kata Gale.
Gale, 41, dan suami, Craig, 34, hanya menyedari keadaan sebenar Elliot apabila dia berdepan dengan masalah makan ketika bayi.
“Saya tidak menyangka Elliot berdepan dengan masalah lebih besar. Saya
mulanya menyangka dia menghadapi masalah makan,” kata Gale.
Pada
minggu keenam pemeriksaan kesihatan, doktor berkata, Elliot kelihatan
terlalu kurus dan merujuknya ke Hospital Royal Preston serta diperiksa
oleh pakar pediatrik yang serta-merta mengarah kanak-kanak itu
dimasukkan ke wad.
GALE bersama Elliot.
Ketika di hospital, kanak-kanak itu menjalani
pelbagai ujian darah, imbasan MRI dan sinar-X. Mujur pakar pediatrik
itu pernah berdepan dengan pesakit Sindrom Angelman dan menjalankan
ujian darah ke atas Elliot.
“Saya mula bimbang apabila diberitahu dia perlu menjalankan ujian genetik itu.
“Kami
benar-benar terkejut apabila keputusan ujian menunjukkan positif dan
dimaklumkan dia menghidap Angelman. Saya tidak pernah mendengar
mengenai penyakit itu sebelum ini,” kata Gale.
Pakar perubatan menggalakkan pasangan suami isteri untuk menjalankan penyelidikan mengenai penyakit itu di Internet.
“Ketika dalam perjalanan pulang, suami saya mencari maklumat mengenai sindrom Angelman menerusi telefon bimbitnya.
“Dia mula membaca mengenainya dan akhirnya saya menangis hingga terpaksa memberihentikan kereta di tepi jalan.
“Sukar untuk kami menerimanya kerana tidak banyak yang kami tahu mengenai sindrom itu.
Ibu bapa Elliot juga berkata, mereka melihat senyumannya dari sudut yang menggembirakan.
“Kami
sentiasa menganggap dia sentiasa gembira. Kami tidak pernah memikirkan
ia adalah kesan daripada simptom yang lebih serius,” kata Gale. - DM
شركة تنظيف مجالس بمكة
ReplyDeleteشركة تنظيف كنب بمكة
شركة تنظيف سجاد بمكة
شركة تنظيف مساجد بمكة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بمكة
شركة تنظيف الاثاث بمكة
شركة تنظيف ستائر بمكة
شركة جلي بلاط بمكة
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالمدينة المنورة
شركة كشف تسربات بالمدينة المنورة
شركة تنظيف شقق بالمدينة المنورة
شركة تنظيف موكيت بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مجالس بالمدينة المنورة
شركة تنظيف منازل بالمدينة المنورة
شركة تنظيف كنب بالمدينة المنورة
شركة تنظيف فلل بالمدينة المنورة