
Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai
kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global
CNN.

Dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London.Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid.

Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan
bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. Kuala Lumpur
meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan
bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian
dan 10 mata bagi pengalaman. New York meraih 35 mata,
diikuti Tokyo (34) dan London (31).

Kuala Lumpur juga merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.
Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi
membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index
yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian
daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat
pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland.
Source
Source
Harum jugak nama negara kita ni Raudzah!
ReplyDeleteYup Okje..suka window shopping...hilang stress
Delete