Lambaian beruang minta makan
DUISBURG, Jerman 8 Nov. - Kebiasaannya, pelanggan akan mengangkat
tangan dan melambai ke arah pelayan di sesebuah restoran untuk meminta
pesanan atau memerlukan sesuatu.
Namun, keadaan itu bukan sahaja dilakukan oleh manusia, malah, seekor
beruang di Zoo Duisburg di sini, turut melakukan aksi yang sama untuk
meminta makanan.
Beruang yang diberi nama sebagai Huanca itu akan mengangkat tangannya
dan melambai ke arah penjaga zoo untuk meminta kacang sebaik sahaja
bekalan makanannya habis.
Aksi menarik itu sempat dirakam oleh seorang jurugambar amatur dari Amerika Syarikat (AS), Rainer Paul, 56, baru-baru ini.
Dengan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya, aksi beruang berusia
lima tahun itu kelihatan sama seperti pelanggan memanggil pelayan di
restoran.
"Huanca merupakan seekor beruang yang bijak kerana pandai menyesuaikan diri dan menjadi perhatian pengunjung.
"Beruang itu mempunyai sifat semula jadi yang istimewa," kata Paul. - AGENSI
Comelnya :-)
ReplyDeletecute je kan wilma...
Delete