Gambar fail bertarikh 12 Oktober
2011 menunjukkan telefon pintar BlackBerry. Pengguna telefon bimbit itu
boleh menikmati panggilan percuma melalui rangkaian WiFi tahun depan.
TORONTO 18 Nov. - Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM).
Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini.
Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan.
Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM.
Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5.
RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM.
Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone.
RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan.
Utusan
شركة نقل عفش بالخرج
ReplyDeleteشركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل اثاث بابها
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بمكة
شركة كشف تسربات بمكة
شركة عزل اسطح بمكة
شركة تسليك مجاري بمكة
شركة تنظيف فلل بمكة
شركة تنظيف شقق بمكة
شركة تنظيف منازل بمكة
شركة تنظيف خزانات بمكة