Tuesday, November 20, 2012

Pekerja Malaysia Keempat Paling Berdedikasi Di Dunia


 

KUALA LUMPUR: Pekerja Malaysia adalah yang keempat paling berdedikasi di dunia selepas India, Brazil dan Itali, demikian menurut satu kajian sebuah perkhidmatan pelancongan dalam talian. 

Kaji selidik berkaitan 'deprivasi percutian' 2012 oleh agensi pelancongan dalam talian Expedia.com.my mendapati sembilan daripada 10 pekerja di Malaysia sukar melupakan kerja, walaupun ketika bercuti. 

Kaji selidik itu mendedahkan pekerja di Malaysia menghabiskan kira-kira 40 jam seminggu bekerja tetapi menerima purata hanya 14 hari cuti tahunan, dan ia antara yang terendah di dunia. 

Menurut kajian itu lagi, sebab utama pekerja negara ini tidak memanfaatkan cuti mereka ialah kegagalan menyelaraskan cuti bersama rakan.

"Sebanyak 40 peratus pekerja yang dikaji berkata mereka enggan mengambil cuti kerana tidak pasti sama ada ketua meluluskan cuti manakala 15 peratus pula bimbang percutian mereka akan memberi gambaran negatif terhadap kerjaya profesional," menurut kenyataan Expedia.com.my semalam.

Kaji selidik itu membandingkan tabiat bercuti membabitkan lebih 8,000 orang dewasa yang bekerja di 22 negara di Asia, Australasia, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah.

 

Kajian itu juga mendapati pekerja di Jepun adalah yang paling sedikit diberi cuti, iaitu 13 hari dalam setahun, tetapi hanya mengambil lima hari cuti sahaja manakala pekerja di Korea Selatan pula mengambil tujuh hari daripada sepuluh hari cuti yang diperuntuk.

Kenyataan itu menyebut, di benua Eropah pula, percutian adalah satu kewajipan dan tidak dianggap faedah istimewa.

Sementara itu, kebanyakan pekerja di Eropah diberi cuti 25 ke 30 hari setahun, dan pekerja di Perancis serta Sepanyol dilapor memanfaatkan semua cuti itu manakala pekerja di Belanda pula hanya bekerja 35 jam seminggu, sekaligus menjadi negara paling kurang waktu bekerja antara 22 negara yang dikaji.

Ketua Pegawai Operasi AirAsia Expedia Dan Lynn, dalam kenyataan sama, berkata keadaan di mana begitu ramai golongan profesional di Malaysia rasa bersalah jika mereka pergi bercuti adalah sesuatu yang membimbangkan.

"Setiap orang berhak diberi masa untuk beristirehat, bersantai dan memulihkan tenaga, terutama dalam dunia serba pantas ini.

"Saya suka pasukan saya pergi bercuti, sebab kajian menunjukkan bahawa pekerja yang mengambil cuti rehat secara kerap dapat menyegarkan semula minda dan tubuh agar lebih produktif dan efektif di tempat kerja," katanya.

- Bernama/MD

2 comments:


  1. شركة نقل عفش
    اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
    شركة تنظيف خزانات بجدة
    شركة كشف تسربات المياه بالدمام
    شركة نقل عفش واثاث

    ReplyDelete

 Assalamualaikum semua.. Lamanya tak hadir kat sini..Still remember me? 😅 Just a quick one to begin the day  Peringatan untuk diri sendiri ...