Serius: Pakai Kanta lekap hiasan boleh jadi buta

Mengikut laporan, mereka-mereka yang suka memakai kanta lekap hanya untuk kecantikan tanpa melakukan pemeriksaan mata terlebih dulu, berisiko menjadi buta akibat jangkitan kuman pada kornea mata.
Ini kerana kanta lekap hanya sesuai untuk individu yang mempunyai
masalah rabun serta masalah mata seperti keratokonus, koloboma iris dan
sebagainya selain mereka yang aktif bersukan.
Kanta lekap juga itu tidak harus dipakai individu yang menghidap
masalah mata seperti konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman
dan mata kering, selain pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit
berjangkit lain di samping individu yang mempunyai tahap kebersihan diri
yang rendah.
Pada mereka-mereka yang dah pakai atau akan pakai boleh klik sini untuk tau details ya..
askm. kadang2 orang tak rabun nak pakai kanta lekap untuk cantik punya pasal, orang rabun pulak tak nak/tak suka pakai. elok berhati.
ReplyDeleteWaalaikumsalam denaihati, just be careful kan..especially mereka yang pakai nak cantik..nanti dari nak cantik terus tak cantik..
DeleteDulu aku tak rabun....la ni dah mula terasa rabun dekat...klau tgk jam, mmg nampak blur....tp masih degil x nak pakai spek...kalau kanta lekap ni jauh sekali laaa.....
ReplyDeleteKena pakai cermin mata yas coz kalau tak bertambah teruk nanti...kalau nak cuba contact lense pun ok, tapi be careful..
Delete