Breaking News

Tuesday, November 27, 2012

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi



Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.

Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan. 

Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam. 

Youssef menjelaskan punca di sebalik pembikinan filem tersebut adalah kerana kekejaman penganut Islam itu sendiri. 

Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009. Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah. 

Temu ramah itu dijalankan secara bertulis menerusi peguamnya. 

"Saya fikir, sebelum skrip filem itu ditulis, saya patut membakar diri sendiri di tengah-tengah orang ramai supaya rakyat Amerika dan dunia tahu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Youssef.

Youssef yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana melanggar peraturan pembebasannya dari penjara atas kesalahan menipu bank. - Reuters 


Source

2 comments:

  1. قمر الامارات
    التنظيف عملية شاقة جدا وليست بالسهلة ولا يستطيع غير المتخصصين القيام بها بمفردهم فعملية التنظيف تشمل اشياء ومناطق لا يستطيع غير المتخصص الوصول لها وباستخدام الالات المتخصصة والمعينة ايضا ومثال على ذلك تنظيف الواجهاتلها الالات معينة ولهذا فان
    شركة تنظيف فى الفجيرة
    تساعدكم على ذلك وتقدم لكم تلك الخدمة للحصول على افضل نتائج
    شركة تلميع وجلى رخامفى الفجيرة

    ReplyDelete

Designed By