Soalan
BOLEH ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan puasa Asyura?
Benarkah perintah berpuasa pada hari itu bersempena dengan peringatan
pembunuhan Saiyidina Husein di padang Karbala
Jawapan
ASYURA berasal daripada kata 'asyarah yang bermakna:
"10". Hari Asyura maksudnya adalah hari ke-10 daripada bulan Muharam.
Hari ini sangat dihormati oleh bangsa Arab pada masa Jahiliah,
terutamanya kaum Quraisy. Pada hari itu mereka mengganti kiswah (kelambu) yang
menutupi Kaabah dan berpuasa.
Besar kemungkinan amalan itu merupakan peninggalan syariat Nabi
Ibrahim yang masih berlaku di kalangan bangsa Arab pada saat itu. Itu sebabnya
Rasulullah SAW turut berpuasa pada hari Asyura semasa baginda masih berada di
Mekah.
Apabila berpindah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat bangsa Yahudi
yang menetap di sana berpuasa pada hari Asyura juga.
Baginda bertanya: "Mengapa kalian berpuasa pada hari
ini?" Mereka menjawab: "Hari ini hari baik. Pada hari ini Allah
menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Oleh itu Nabi Musa berpuasa
padanya."
Rasulullah SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa
daripadamu." Baginda lalu berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk
berpuasa.
Puasa Asyura hukumnya wajib pada tahun pertama kehadiran kaum
Muslimin di Madinah. Hukum itu mula berubah apabila Allah menurunkan kewajipan
puasa Ramadan satu tahun kemudian.
Siti Aisyah berkata: "Selepas puasa Ramadan diwajibkan, maka
sesiapa yang hendak berpuasa pada hari Asyura, maka dipersilakan. Dan sesiapa
yang tidak ingin berpuasa, maka dipersilakan."
Namun begitu, puasa pada hari Asyura tetap disunatkan dan
mengandungi fadilat besar. Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa pada itu
dapat menggugurkan dosa satu tahun sebelumnya. Demikian diriwayatkan oleh Imam
Muslim daripada Abu Qatadah.
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, puasa Asyura terdiri daripada tiga
tingkatan. Tingkatan yang paling rendah berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja.
Tingkatan pertengahan berpuasa pada hari kesembilan dan ke-10. Tingkatan
tertinggi adalah berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharam.
Pembunuhan Husein
Daripada penjelasan singkat di atas, jelaslah puasa Asyura bukan
kerana pembunuhan Sayidina Husein bin Ali cucu Nabi Muhammad SAW yang berlaku
di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Pendapat sebegini tidak pernah dikenal dalam
ajaran ahli sunnah wal jamaah.
Sebaliknya, mengaitkan Asyura dengan pembunuhan Sayidina Husein
berasal daripada aliran Syiah. Mereka memperingati peristiwa itu dengan meratap
bersama-sama. Ada juga yang menganjurkan perarakan di jalan-jalan sambil
melukai tubuh dengan benda-benda tajam. Perbuatan ini haram dilakukan menurut
para ulama.
Peristiwa pembunuhan Sayidina Husein adalah lembaran hitam dalam
sejarah Islam. Sebagai umat yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW, kita mengutuk
pelaku perbuatan kejam itu. Namun kesedihan tidak boleh membawa kita kepada
perilaku melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.
Baginda pernah bersabda: Bukan termasuk daripada golongan kami
orang yang suka menampar muka, mengoyak baju dan melaungkan sebutan-sebutan
Jahiliah. (riwayat al-Bukhari)
nice info :)
ReplyDeleteThanks AUC..
Deletetq berkongsi info2 mcm ni ye
ReplyDeleteYou are most welcome KA...
Delete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة كشف تسربات بالرياض
شركة عزل اسطح بالرياض
شركة تسليك مجاري بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف مساجد بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
ReplyDeleteشركة ريلاكس لنقل العفش والاثاث
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها