Serius : Perang Hamas-Israel kini di online


Perang online Hamas-Israel
Poster propaganda seperti ini dikeluarkan IDF secara konsisten untuk meraih simpati serta memberi justifikasi berhubung serangan mereka ke atas Gaza. - FOTO: TWITTER/IDF


Peperangan diantara pejuang Hamas dan Israel memasuki fasa kedua yang luar biasa, apabila kedua-dua buah pihak kini menjadikan laman sosial sebagai platform serangan serta pertahanan diri. 

Kedua pihak menggunakan akaun media sosial, terutama Twitter untuk memberi amaran kepada satu sama lain serta menyampaikan perkembangan serangan dalam masa sebenar kepada orang awam.
 
Perang online Hamas-Israel
Penduduk Palestin mengangkat jenazah seorang kanak-kanak daripada keluarga Al-Dalo semasa pengebumiannya di Gaza, 19 November lalu. FOTO: REUTERS


Walaupun ini bukanlah kali pertama perkembangan sesebuah konflik direkodkan melalui penggunaan media sosial oleh pasukan tentera tetapi penggunaannya dalam perang di Gaza adalah paling meluas setakat ini.

Apa yang menakutkan adalah  mesej yang dihantar terutama dari pihak Israel tidak menggambarkan keadaan sebenar peperangan, sebaliknya lebih kepada propaganda untuk menjustifikasikan tindakan mereka membunuh ratusan penduduk Palestin.

Ramai pemerhati melihat penggunaan media sosial untuk memberi publisiti kepada perang seperti dilakukan pasukan tentera Israel adalah tidak beretika.


Comments

  1. Semoga keamanan segera buat palestine... tak sanggup nak tengok lagi rasanya!

    ReplyDelete
  2. Peperangan pun kena ikut teknologi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Twitter dah ada sejarah tersendiri and yang pasti lebih efektif

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat