Keluarga harmoni tanda keberkatan rezeki. - Gambar hiasan
Keberkatan Rezeki
KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan
dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya
jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut
sebagai rezeki.
Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah
untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan
rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan
nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti
berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya.
Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang
keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya
dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah
di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai
kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki,
irihati dan seumpamanya.
Tanda keberkatan rezeki
1. Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda
yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah.
Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan
sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah
al-Quran.
2. Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
3. Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh,
hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati
dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan
tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500
sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya,
RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita
malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa
Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan
pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah
kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan
kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit
gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada
segala masalah tersebut.
4. Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
5. Sentiasa merasa cukup dan syukur
sangat2 bersetuju ni!
ReplyDeleteThanks KA for reading and semoga keberkatan rezeki itu adalah milik kita semua..
Deleteشركة تنظيف موكيت بمكة
ReplyDeleteشركة تنظيف مجالس بمكة
شركة تنظيف كنب بمكة
شركة تنظيف سجاد بمكة
شركة تنظيف مساجد بمكة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بمكة
شركة تنظيف الاثاث بمكة
شركة تنظيف ستائر بمكة
شركة جلي بلاط بمكة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بينبع
نقل العفش والتخزين
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
Hello I'm katie lener a guaranteed proficient IT understudy with 5 years of involvement with this field numerous clients have protest that they are confronting error in opening the site in case there were any blunder happen like this you can resolve this by perusing this article quickbooks unforeseen mistake 5:A QBs fixing guide quickbooks unexpected error 5: A QBs Repairing Guide
ReplyDelete