BERLIAN yang cuba diseludup dikeluarkan selepas lelaki itu diberi makan julap.
JOHANNESBURG: Seorang penyeludup menelan 220 butir berlian bernilai RM7 juta sebelum cuba menaiki sebuah pesawat, semalam.
Penyeludup warga Lubnan yang namanya tidak didedahkan dan berusia 25
tahun, ditahan ketika menaiki sebuah pesawat yang hendak berlepas dari
Johannesburg ke Dubai.
Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo memberinya makan julap untuk memaksa berlian berkenaan keluar dari sistem penghadamannya.
Polis mengesahkan menahan suspek di pintu masuk selepas menerima maklumat.
“Lelaki itu sudah bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang dengan berlian di dalam perutnya.
“Pegawai kami menerima maklumat mengenai kegiatannya dan menahannya di lapangan terbang. “Dia kemudian dibawa untuk pemeriksaan dan kami menemui 220 berlian di dalam perutnya yang bernilai 20 juta rand (RM7 juta),” kata jurucakap polis, Paul Ramaloko.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama
ada lelaki berkenaan menelan berlian itu sebelum tiba di lapangan
terbang atau menelannya kerana cemas selepas nampak polis di pintu
masuk ke pesawat.
“Tidak wajar bagi kami untuk meramalkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Lelaki itu diperiksa secara menyeluruh sebelum berlian itu ditemui.
“Kami tidak pasti sama ada dia menelannya sebelum tiba di lapangan terbang atau ,ketika ditahan,” kata Ramaloko.
Suspek ditahan oleh pasukan unit elit polis Afrika Selatan, ‘Hawks,’ dan dijadual dihadapkan ke mahkamah esok.
Menurut Ramaloko, penahanan semalam adalah yang kedua selepas seorang lagi lelaki Lubnan berusia 27 tahun ditangkap di lapangan terbang sama Mac lalu. - DM
fuh...kayanya diaa
ReplyDeletePak cik kayo..he..he
Deleteminta sekilo berliannnn
ReplyDeleteSekilo aje ke...kalau lepas tu..hmmm tak tau apa nak kata..
Deleteشركة تنظيف وصيانة مسابح بالدمام
ReplyDeleteشركة تنظيف الاثاث بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف موكيت بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف ستائر بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة جلي بلاط بالدمام
ارخص شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
شركات نقل العفش بمكة
شركات نقل العفش