Ulat dalam nasi himpit


Peket nasi himpit segera yang didakwa mempunyai ulat dan kepompong serangga di dalamnya.
Peket nasi himpit segera yang didakwa mempunyai ulat dan kepompong serangga di dalamnya.
 
Gambar kecil: Ulat yang kelihatan pada peket kecil nasi himpit dibeli Mia.
Gambar kecil: Ulat yang kelihatan pada peket kecil nasi himpit dibeli Mia.


SERI KEMBANGAN – Selera sebuah keluarga di Taman Universiti Indah di sini untuk menikmati hidangan di pagi raya Aidiladha lalu terbantut apabila melihat banyak ulat dalam dua peket nasi himpit segera yang dibeli mereka di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, hujung bulan lalu.

Yang menimbulkan tanda tanya, tarikh luput penggunaan nasi himpit itu masih lama iaitu Ogos 2014 menyebabkan mereka menolak kemungkinan ia rosak.


Ibu kepada empat anak yang hanya mahu dikenali sebagai Mia berkata, pada 25 Oktober lalu dia ke pasar raya di Seri Kembangan itu untuk membeli bahan masakan bagi sambutan Hari Raya Aidildha.
 
Katanya, dia mencapai dua peket nasi himpit segera di rak yang masing-masing berharga RM6.29.

Mia berkata, sebaik membuka bungkusan besar yang mengandungi 35 peket kecil nasi himpit segera untuk direbus pada keesokan harinya, dia terkejut apabila melihat banyak kepompong.
 
“Apabila diteliti, saya lihat hampir setiap bungkusan ada kepompong dan ulat, di plastik peket besar pula ada satu lubang kecil yang berkemungkinan menjadi ‘laluan’ ulat itu dapat tembus ke dalam peket kecil.

“Kesal dengan perkara itu, pagi raya itu juga saya ke pasaraya bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, selepas perkara itu dimaklumkan, dia melihat pekerja pasar raya mengosongkan rak di mana peket nasi himpit itu dipamerkan.

Bagaimanapun, Mia berkata, dia yang ke pasar raya itu sekali lagi pada 27 Oktober terkejut apabila melihat ada beberapa peket nasi himpit jenama sama yang dibeli pada mulanya itu diletakkan kembali di rak.

Katanya, dia membeli sepeket lagi jenama itu untuk melihat sama ada produk terbabit sudah ditukar kepada yang lain atau sebaliknya.


Jelas Mia, dia terkejut apabila mendapati peket kecil itu juga mengandungi ulat sama seperti dua peket yang dibeli sebelum ini.
 
Aduan katanya kemudian dibuat kepada Jabatan Kesihatan Daerah, namun tiada tindakan diambil.

Justeru menurutnya, dia meminta pihak berkenaan memantau perkara itu kerana bimbang kesihatan pengguna lain yang membeli barang sama selepas ini.

“Rasa sakit hati ditipu pembekal barangan, bagaimana ulat boleh bersarang di dalam peket itu sedangkan tarikh luput lambat lagi. Adakah kerana proses pembungkusan tidak mengikut prosedur, agensi berwajib kena pantau hal ini,” katanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat