20 banglo terjejas akibat tebing runtuh di Puncak Setiawangsa (5 gambar)
SEBAHAGIAN daripada konkrit yang
runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur malam tadi sehingga
mengakibatkan hampir 20 buah rumah rosak.
|
KUALA LUMPUR – Penduduk kawasan Puncak Setiawangsa di sini gempar
apabila sebahagian daripada tebing konkrit setinggi 43 meter di situ
runtuh mengakibatkan Jalan Bukit Setiawangsa yang merupakan jalan
hubungan utama ditutup kepada kenderaan malam tadi.

Kawasan yang terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan 15 hingga 20 buah rumah banglo di atas kawasan bukit Jalan Puncak Setiawangsa 2 di sini dengan tiga daripadanya berada pada tahap zon kritikal.
Salah satu banglo yang musnah
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah
Jamaluddin berkata, penduduk di kawasan yang terjejas telah diarahkan
berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
“Keadaan sekarang sangat bahaya kerana masih berlaku pergerakan
tanah. Apa yang kita bimbang ialah lebih banyak rumah lain akan turut
terjejas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
شركة نقل اثاث برابغ
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالاحساء
شركة نقل اثاث بالقطيف
نقل عفش بجدة
.