MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan
bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana
bersikap curang terhadapnya.
Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.
Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan.
Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.
Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya,
Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok
itu sejak kejadian berkenaan.
Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.
Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.
“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk
membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia
makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami
selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,”
katanya.
Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Agensi
Source
Laa..camninye org pun ada ke? Buat seksa diri je...bini ko dok sonok ngn org len ko dok seksa diri...buang masa je...gi keje lg baik de faedahnya!
ReplyDeleteTulah Ena..mcam-macam..dia orang ni...tak pasal-pasal susahkan diri...
Deletechildish act hehe.
ReplyDeleteHe..he...betul tu fae..macam budak-budak..
Deletealahai..ngada betul..haha..merajuk la ni ye..hihi
ReplyDeleteKan mimie...merajuk tak kena tempat...
Deleteشركة تنظيف منازل بمكة
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بمكة
شركة تنظيف موكيت بمكة
شركة تنظيف مجالس بمكة
شركة تنظيف كنب بمكة
شركة تنظيف سجاد بمكة
شركة تنظيف مساجد بمكة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بمكة
شركة تنظيف الاثاث بمكة
شركة تنظيف الاثاث بالرياض
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف ستائر بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة جلي بلاط بالرياض
نقل اثاث بجازان
ReplyDeleteشركة نقل اثاث برابغ
شركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل عفش بالخبر
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بالقطيف
شركة نقل عفش بالجبيل