Adam ‘Mental’ sebab ibu
NEWTOWN: Ibu pemuda yang menembak mati 26 murid dan kakitangan
sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat memainkan peranan besar
menyebabkannya mengalami sakit jiwa teruk.
Rakan dan keluarga ibu Adam Lanza, menggambarkan Nancy sebagai
paranoid yang terlalu percaya dunia berada di ambang kemusnahan ekonomi.

Wanita itu dilaporkan bergelut untuk menyelamatkan diri dengan menyimpan stok makanan, minuman dan senjata di rumah besarnya di Connecticut yang didiami bersama anaknya berusia 20 tahun itu.
Wanita itu dilaporkan bergelut untuk menyelamatkan diri dengan menyimpan stok makanan, minuman dan senjata di rumah besarnya di Connecticut yang didiami bersama anaknya berusia 20 tahun itu.
Nancy, 52, digolongkan sebagai ‘prepper,’ gelaran untuk mereka yang
bersiap sedia menghadapi kemusnahan dalam masyarakat bertamadun. Dia
menjadi begitu taksub dengan senjata dan mengajar Adam serta abangnya,
Ryan, cara menembak serta membawa mereka ke lapang sasar tempatan.

Tindakannya itu membawa padah Jumaat lalu apabila Lanza memulakan pembunuhan dengan menembak ibunya di atas katil.
Dia melepaskan empat das tembakan pada kepala wanita itu, dipercayai ketika Nancy tidur, sebelum membawa tiga senjata ke Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut dan menembak mati 20 murid dan enam kakitangan.
Ibu saudara Lanza berkata, Nancy tidak bergantung kepada orang lain dan mereka banyak bercakap mengenai cara dia membuat persiapan untuk menghadapi keruntuhan ekonomi.
Menurutnya, bekas kakak iparnya itu begitu teliti memastikan dia sentiasa bersenjata dan tidak merahsiakan bahawa dia mempunyai koleksi senjata. Ia bukan setakat dua pistol dan raifal separuh automatik yang digunakan dalam pembunuhan berkenaan, malah dua senapang memburu tradisional.
Dia akan bercakap dengan penuh bangga mengenai senjata berkenaan di bar tempatan serta menunjuk-nunjukkan senjata itu kepada tukang kebunnya.
“Dia memberitahu saya, dia gemar menembak,” kata Dan Holmes, tukang kebun Nancy.
Menurutnya, Nancy sering pergi ke lapang sasar bersama kedua-dua anaknya.
gile ke hape? huhu.
ReplyDeleteThis Adam Guy memang considered Mental..too much pressure and mungkin di bawah sedar kot..
DeleteHa bagus la . his mother taught him to shoot . and he did :p
ReplyDelete