Md Radzi dan Mariam membaca berita kematian anaknya yang disiarkan Sinar Harian.
Seorang isteri muda yang ditemui mati dibunuh dipercayai
akibat cemburu di Kampung Alor Gelegah, Mukim Derga, kelmarin dikatakan
mula menunjukkan perubahan selepas berkahwin enam bulan lalu. Paling ketara, Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17, jarang pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Palas, dekat sini.
Bapa mangsa, Md Radzi Dahari, 47, berkata, anaknya mengenali menantunya itu dua minggu sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, selepas berkahwin, anaknya itu pulang ke rumah menyambut Aidilfitri bersama mereka dan kali terakhir anaknya pulang penghujung November lalu untuk mengambil adiknya tinggal bersama berikutan suaminya bertugas di Perak.
“Kebiasaannya, setiap sambutan ulang tahun kelahirankami, dia (Fatimah) sering membawa pulang hadiah dan kek untuk kami berdua tetapi tidak berbuat demikian selepas berkahwin.
“Cuma pada malam kejadian dia menghubungi saya bertanyakan mengenai adik-beradiknya yang lain sekiranya mereka ada membelikan hadiah untuk kami atau tidak.
“Bagaimanapun kami mendapat panggilan daripada kakak iparnya yang mengatakan dia sudah meninggal pada keesokannya,” katanya. Ibu mangsa, Mariam Murad, 46, berkata, pada mulanya dia memang tidak percaya berita mengenai kematian anaknya.
"Mereka (kakak ipar mangsa) memberitahu anak makcik tiada, saya sangka dia melarikan diri dari rumah. Rupanya dia sudah tiada bersama kami lagi. “Hancur luluh hati mak cik selepas mendapat tahu berita kematian Fatimah dan kami tidak menyangka dia akan pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi," katanya.
Menurutnya, anaknya itu tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai hal rumah tangganya. Katanya, buat masa ini dia menyerahkan segala keputusankepada pihak berkuasa dan mahkamah.
"Sekiranya benar kejadian itu dilakukan secara sengaja dan mahkamah mengesahkannya, saya tidak akan memaafkan pembunuh tersebut kerana menyebabkan kematian anak kami.
"Kami serahkan anak kami dengan cukup sempurna, tapi sekujur tubuh tidak bernyawa yang dipulangkan kepada kami. Patutkah?” katanya dengan nada yang sedih.
kesian ibu bapa nya kan..cara kematin yg sangat menyayat hati...
ReplyDeleteشركات نقل العفش بمكة
ReplyDeleteشركات نقل العفش
شركة نقل عفش بجازان
شركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالرياض
شركات نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بالطائف
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالمدينة المنورة
شركة كشف تسربات بالمدينة المنورة
شركة تنظيف شقق بالمدينة المنورة
شركة تنظيف موكيت بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مجالس بالمدينة المنورة
شركة تنظيف منازل بالمدينة المنورة
شركة تنظيف كنب بالمدينة المنورة
شركة تنظيف فلل بالمدينة المنورة
شركة تنظيف سجاد بالمدينة المنورة
شركة غسيل مسابح بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط