NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video
Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.
Siapa
sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang
lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa
ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.
Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia
mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang
dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka
satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion?
Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.
“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea
Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam
bahasa Inggeris.
“Dancing Horse? Jelas sekali yang
dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea
Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini
masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka
kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam
Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong
(bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus.
Dalam erti kata lain
apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan
Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika
tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan
Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style
sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. -
Agensi
Nice entry...Mohon post di blognya..
ReplyDeleteTq Kelana Cinta..No problem..silakan...
Deletewah ramalannya menarik sekali , salam kenal :)
ReplyDeleteHai Nurifa...seronok juga baca cerita-cerita macam ni kan...anyway salam kenal to you too!!
Deletewaw kedengaran dari bahasanya anda orang malaysia yah ? senang bisa berkenalan sama orang luar :)
DeleteYup orang Malaysia..salam kenal sama nurifa ya...
Delete