BEBERAPA buah kenderaan polis menuju ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis kelmarin. - REUTERS
|
BEIJING - China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu
sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari
kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam.
Kumpulan yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar itu dituduh menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat tersebut.
Hari kiamat tersebut dipercayai beberapa pihak akan berlaku kerana
kalendar kaum Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi akan berakhir
pada hari ini.
Menurut laporan stesen televisyen CCTV, operasi memerangi kumpulan itu bermula pada minggu lalu.
Akhbar Beijing Times melaporkan, polis menahan lebih 350
anggota kumpulan tersebut di wilayah Guizhou, barat daya China manakala
lebih 400 lagi ditangkap di wilayah Qinghai, timur laut negara ini.
Agensi berita Xinhua menyatakan, kumpulan tersebut menjanjikan keselamatan penduduk yang menyertai kumpulan tersebut.
Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya.
Menurutnya, bot tersebut mampu menyelamatkan 35 orang jika kiamat berlaku pada hari ini.
Di pekan Bugarach, selatan Perancis, pihak polis mengawal laluan
masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan
terbuka pada 21 Disember ini.
BEBERAPA lelaki kaum Maya mengadakan
upacara keagamaan bagi meraikan kedatangan era baharu di bandar raya
Guatemala, Guatemala kelmarin. - Agensi
Beberapa pihak percaya makhluk asing akan muncul bersama kapal
angkasa untuk menyelamatkan golongan yang mempercayai hari tersebut.
Seramai 254 wartawan dari seluruh dunia telah berada di pekan
tersebut untuk membuat liputan tentang kepercayaan hari kiamat itu.
Di Moscow, Rusia, sebuah kubu bawah tanah yang digunakan semasa
Perang Dingin akan menjadi lokasi sebuah parti selama 24 jam bagi
meraikan kedatangan hari kiamat.
Tiket sebanyak AS$1,000 (RM3,056) perlu dibayar kepada pengunjung
yang mahu memasuki kubu tersebut untuk menyelamatkan diri. Kubu itu
sedalam 56 meter.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, beliau tidak percaya kiamat akan berlaku pada hari ini.
Menurutnya, Bumi akan wujud bagi tempoh 4.5 bilion tahun lagi.
"Saya tahu bila dunia akan berakhir. Ia akan berlaku dalam tempoh 4.5 bilion tahun lagi," katanya.
Ketika ditanya jika beliau takut menghadapi hari kiamat, Putin berkata: "Kenapa perlu takut jika ia tidak dapat dielakkan?"
Sejumlah anggota polis turut mengawal di jalan-jalan yang terdapat di
Kampung Sirince, barat Turki semalam bagi menangani kebanjiran
pengunjung pada hari ini.
Sebahagian orang percaya kampung itu merupakan satu-satunya tempat
yang tidak akan terjejas dengan hari kiamat kerana ibu Nabi Isa, Mariam
dipercayai pernah tinggal di situ.
Beberapa upacara keagamaan turut dilakukan oleh kaum Maya di Guatemala kelmarin.
Upacara itu diadakan bagi meraikan kedatangan era baharu selepas kalendar Maya berakhir pada hari ini. - Agensi
Source
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركات نقل العفش بمكة
شركات نقل العفش
شركة نقل عفش بجازان
شركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالرياض
شركات نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بالطائف
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالمدينة المنورة
شركة كشف تسربات بالمدينة المنورة
شركة تنظيف شقق بالمدينة المنورة
شركة تنظيف موكيت بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مجالس بالمدينة المنورة
شركة تنظيف منازل بالمدينة المنورة
شركة تنظيف كنب بالمدينة المنورة
شركة تنظيف فلل بالمدينة المنورة
شركة تنظيف سجاد بالمدينة المنورة