Guna Telepon Elak Saman AES

 


Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.

Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.

Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.

 

Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.

Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.

Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.

Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.

 http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQqFVF8z6HMCL5B08c0HNhOOhNntWMV1DzB-5cKEgA6vzWGrAWtg1al8DQr

Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.

"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya.

"Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiran mereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.


Orang Malaysia Tak Ada Idea dan Malas Berfikir?
Kenapa 70% Daripada Rakyat Malaysia Guna Prepaid Berbanding Postpaid?
Orang Islam Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Harga Minyak Akan Naik Mendadak Tahun 2013?
Bestnya Tempat ni..Rugi Siapa Tak Pergi!!!
Kenapa 80% Rakyat Malaysia Suka Bergossip?
 

Source

Comments

  1. AES software utk telefon pintar aje ke? Untuk telefon biasa tak support ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think so and So far pengguna pengguna android atau iOS boleh download..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat