Malang di Supachalasai, Malaysia Akhrnya Tewas
BANGKOK - Langkah Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 menemui titik noktah pada separuh akhir kedua dengan pengadil dari Korea Selatan, Lee Minhu menjadi watak penting kepada kemenangan 2-0 Thailand di Stadium Supachalasai, malam tadi.
Kedua-dua jaringan Thailand diperoleh pada separuh masa kedua melalui
penyerang berbisa Teerasil Dangda pada minit ke-59 sebelum Theerathon
Bunmathan menambah luka Harimau Malaya pada minit ke-63.
Thailand layak ke perlawanan akhir berdepan Singapura melalui kemenangan secara agregat 3-1.
Di hadapan 20,000 penonton, Minhu jelas berat sebelah dengan memihak
tuan rumah apabila tanpa disangka melayangkan kad kuning kedua kepada
Mohd. Fadhli Shas pada minit ke-43 tanpa kesalahan yang munasabah.
Ini menyebabkan Harimau Malaya tempang apabila terpaksa berjuang dengan 10 pemain pada babak kedua.
Tindakan pengadil Korea itu sama sekali tidak dapat diterima kerana
insiden sebenarnya Fadhli menjadi mangsa keadaan akibat provokasi
Datsakorn Thonglao.
Apa yang menghairankan pembantu pengadil yang berada berdekatan
dengan insiden Fadhli dan Thonglao, langsung tidak memberikan penjelasan
kepada Minhu, yang terus melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain
itu.
Sikap berat sebelah pengadil Korea, Lee Minhu mula terserlah pada
minit ketujuh lagi apabila dengan mudah melayangkan kad kuning tanpa
memberikan sebarang amaran lisan kepada pemain negara dan Mohd. Fadhli
Shas menjadi mangsa pertama.
Tujuh minit kemudian, giliran Mahalli Jasuli pula mengutip kad kuning
sedangkan dua pemain negara, Amar Rohidan dan Norshahrul Idlan Talaha
jelas disiku oleh pemain Thailand sebaliknya pemain lawan langsung tidak
dikenakan sebarang tindakan.
Tuan rumah hampir berada di hadapan pada minit ke-30 apabila
penjaring terbanyak mereka setakat ini, Teerasil Dangda berjaya
melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Harimau Malaya tetapi mujur
sepakan penyerang Muanthong United itu tersasar keluar.
Peluang terbaik negara mendapatkan jaringan di babak pertama hanyalah
melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan, yang
mudah diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan.
Tanpa Fadhli, persembahan skuad negara ternyata terjejas dan lebih banyak bertahan pada babak kedua.
Keputusan Datuk K. Rajagobal yang meletakkan Amar pada bahagian
pertahanan tengah menggantikan tempat Fadhli juga dilihat satu kesilapan
apabila dia menjadi punca kepada gol pertama Thailand.
Kesilapan Amar yang gagal mengawal bola dengan baik membuka laluan
kepada Teerasil berlari secara solo sebelum mudah menewaskan Farizal.
Empat minit kemudian, akibat keadaan kelam kabut di depan pintu gol, Theerathon menyepak masuk bagi jaringan kedua tuan rumah.
Pujian harus diberikan kepada Farizal Marlias kerana jika tidak
disebabkan ketangkasannya, Malaysia sudah pasti menjadi mangsa dibelasah
Thailand apabila menafikan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya
tuan rumah. - UTUSAN
aduhai..xde rezeki kan..xpew2..
ReplyDeleteKan Cik Tim..Tak de rezeki this time..tapi sedh coz rasanya our Team tak cukup prepared for the game...need to work harder
Deleteشركة تنظيف خزانات بمكة
ReplyDeleteشركة تنظيف موكيت بمكة
شركة تنظيف مجالس بمكة
شركة تنظيف كنب بمكة
شركة تنظيف سجاد بمكة
شركة تنظيف مساجد بمكة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بمكة
شركة تنظيف الاثاث بمكة
شركة تنظيف ستائر بمكة