Perisik Jelita, Mata Hari Di Tembak Mati
Siapa sangka wanita cantik yang dituduh sebagai perisik semasa era
Perang Dunia Pertama ini pernah mengharungi hidup yang penuh berliku.
Margaretha Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai ‘Mata Hari’ ini
dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Netherlands.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya, Adam Zelle adalah pemilik kedai topi dan turut berjaya membuat pelaburan dalam industri minyak hingga mampu memberi kemewahan kepada Mata Hari dan keluarganya.
Mata Hari juga pernah mendapat pendidikan di sekolah eksklusif sehingga dia berumur 13 tahun. Bagaimanapun, panas tidak sampai ke petang, bapanya muflis pada 1889 sehingga membawa kepada penceraian tidak lama selepas itu.
Semasa berumur 18 tahun, Mata Hari berkahwin dengan Kapten Tentera Belanda, Rudolf MacLeod, 38, yang tinggal di Indonesia (pusat Syarikat Hindia Timur Belanda) pada 11 Julai 1895.
Ia menjadi titik tolak kepada Mata Hari untuk memulakan hidup baru sebagai golongan kelas atasan. Mereka berpindah ke Malang di Jawa Timur dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Jadi penari eksotik
Pada 1903, Mata Hari berpindah ke Paris dan menjadi penunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama gelaran Lady MacLeod. Akibat kesempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari eksotik dengan mengikut kumpulan tarian kontemporari dikendalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis.
Gaya meliuk-liuk Mata Hari berjaya menarik perhatian penontonnya terutama selepas membuat persembahan di Musée Guimet (Muzium Seni Asia) pada 13 Mac 1905. Menjelang 1910, Mata Hari mula dikritik banyak pihak kerana mempersembahkan tarian yang mengghairahkan.
Perisik bermuka dua?
Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana beliau tidak mempunyai halangan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh di Pelabuhan Falmouth di England.
Beliau ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa , Mata Hari mengaku bahawa dia bekerja untuk Perisikan Perancis. Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut.
Pada Januari 1917, perisik Perancis berjaya memintas mesej yang dihantar ke Berlin daripada agen H-21. Difahamkan, hasil siasatan awal mereka mendapati agen H-21 adalah Mata Hari.
Dibicarakan dan dihukum mati
Pada 13 Februari 1917, Mata Hari ditahan di Hotel Elysee Palace di Paris. Beliau dibicarakan selepas didakwa menjadi perisik Jerman dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 askar.
M15 dan Perancis tetap menuduh Mata Hari adalah perisik Jerman tanpa bukti kukuh.
Namun, pihak berkuasa Perancis berjaya membuktikan bahawa Mata Hari pernah menerima bayaran untuk menjadi agen Jerman, H-21 sebelum Perang Dunia Pertama bermula walaupun dinafikan olehnya.

Mata Hari akhirnya, didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan pengintipan dan dijatuhi hukuman ditembak sampai mati pada 15 Oktober 1917 semasa beliau berumur 41 tahun.
Source
cam xcaye je. biasa la omputih, mesti cari orang untuk disalahkan walaupun itu salah mereka sendiri..
ReplyDeleteBetul tu Terbakor...ras macam tak bersalah aje kan...
Delete