Misteri Tentera Berjubah Putih di GAZA
KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan
 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November 
lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya. 
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah 
negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata 
kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di 
New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin. 
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah 
untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan 
semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman 
rejim Zionis.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini 
sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. 
Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan 
pewaris di bumi Palestin.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan 
lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis 
walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para 
syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang 
perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para 
pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam 
khutbah Jumaat mereka. 
BANYAK kisah pelik mengiringi perjuangan rakyat Palestin mendepani rejim Yahudi yang dilengkapi persenjataan canggih. 
Seragam putih
Cerita tentang kehadiran tentera berseragam putih seakan-akan menghantui 
tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah 
jejaknya juga sukar dikesan. Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen 
televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas 
berhadapan dengan tentera berbaju putih. 
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang
 tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. 
Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan 
tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak,
 tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana
 menghilangnya. 
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang 
terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 
'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin. 
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang. 
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan 
tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan 
tempat dia memasang jerangkap samar tersebut. "Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana 
mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera
 yang ramai itu. 
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya 
yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'. 
KEMUSNAHAN yang dicetuskan Israel tidak pernah mematahkan semangat pejuang Palestin. 
Al-Quran penyelamat
Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ. Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku. 
Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel. Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula 
ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan 
selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di 
Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku
 kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.  "Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom 
dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka 
tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan. 
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi 
jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran
 yang ada di dalam poket mangsa. "Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. 
Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri 
bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam. 

 
 
Comments
Post a Comment