Rahsia terbongkar selepas penggera berbunyi
Beijing: Seorang penumpang menaiki penerbangan dari China ke Kenya dengan memakai 70 helai pakaian semata-mata untuk mengelak bayaran tambahan kerana membawa bagasi berlebihan.
Perkara itu disedari selepas lelaki terbabit berjalan dengan gaya pelik dan mencurigakan selain kelihatan seperti ahli gusti sumo ketika melintasi mesin imbasan logam menyebabkan penggera berbunyi.
Ketika pemeriksaan badan oleh pihak berkuasa lapangan terbang, rahsia lelaki itu terbongkar dan dia didapati memakai 70 helai baju semata-mata untuk menjimatkan wang daripada membayar bayaran tambahan lain termasuk caj bagasi tambahan.
Buat kesilapan besar
“Dia sebenarnya memakai 70 helai baju dan sembilan helai seluar
jeans dan bagi mengelakkan lebihan muatan, dia mengenakan semuanya
sekali gus. Poket seluar itu pula dipenuhi berpuluh tali leher dan
permainan kanak-kanak,” kata seorang pegawai lapangan terbang yang
dipetik AsiaOne.
Malangnya lelaki itu membuat kesilapan besar kerana turut memuatkan poket seluarnya dengan bateri, pemacu pena (thumb drives) dan alat pengecas yang menyebabkan penggera berbunyi. Dia mungkin terlepas sekiranya tidak membuat kesilapan itu. - Agensi
Source
No comments:
Post a Comment