Pengganas Warga Malaysia Ditembak Depan Isteri
DUA anggota polis Filipina memeriksa
peralatan untuk membuat bom yang digunakan oleh Mohd. Noor (gambar
kecil) di Davao, Filipina.
|
KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang disyaki anggota kumpulan
militan Jemaah Islamiah (JI) mati ditembak di hadapan isterinya oleh
pasukan keselamatan Filipina di sebuah hotel di Davao malam kelmarin
selepas dipercayai cuba melakukan serangan bom di bandar tersebut.
Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar, 26, yang berasal dari Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Dia dipercayai memasuki Filipina dari Sandakan, Sabah pada April lalu
untuk bertemu dengan isterinya, Anabelle Nieva Lee, seorang rakyat
negara itu.
Memetik laporan agensi berita, Ketua Polis Davao, Superintendan Kanan
Ronaldo Dela Rosa memberitahu, kehadiran suami isteri itu di Hotel
Sampaguita, Davao berjaya dijejaki oleh polis Filipina yang menugaskan
sepasukan anggota pasukan gerak khas dan taktikal (SWAT) mengepung hotel
itu pada pukul 7 malam.
Mohd. Noor dan Anabelle yang membawa beg sandang, dilihat keluar dari
bilik hotel mereka pada pukul 10.30 malam dan menuju ke lobi hotel.
Pada waktu itu, Dela Rosa bersama anggotanya telah meminta mereka
untuk menyerah diri namun Mohd. Noor bertindak mengeluarkan telefon
bimbit dan mengugut untuk meletupkan bom menggunakan peralatan itu jika
dia ditembak.
Tindakannya itu menyebabkan keadaan di lobi hotel itu menjadi
kelam-kabut sehingga mendorong polis membiarkan pasangan tersebut lari
keluar dari bangunan demi keselamatan orang awam.
Mohd. Noor yang membawa beg sandang berisi bom cuba melarikan diri ke
arah sebuah taman awam sebelum dia ditembak oleh penembak tepat yang
sedia menunggu di kawasan tersebut.
Dela Rosa berkata, polis turut menemui bahan letupan yang diperbuat
daripada kepala mortar bersaiz 60 milimeter, telefon bimbit dan
peralatan lain untuk membuat bom.
Mohd. Noor dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah hotel di
Davao tetapi setakat ini belum dapat dipastikan sama ada bangunan itu
ialah Hotel Sampaguita.
Kejadian itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Pasukan Petugas
Khas (Operasi/Cegah Keganasan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk
Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu Kosmo! Ahad bahawa gerak-geri Mohd. Noor sebagai anggota militan telah dipantau sejak dia berada di Malaysia lagi.
"Dia masuk ke Filipina pada April lalu untuk belajar buat bom.
Apabila berada di sana dia berkahwin dengan seorang wanita tempatan
(Anabelle)," kata sumber itu.
Source
bahya, bahaya..
ReplyDeleteYup..memang bahaya..kenapalah dia orang pilih nak jadi pengganas ya..
Deletehishh..jd pengganas kat negara org plak
ReplyDeleteYa lah Ena..harap-harap janganlah ada lagi kes-kes macam ni...
Deletedahsyat juga yer..menakutkan, siap belajar buat bom lagi tu..
ReplyDeleteBetul tu lynn..alangkah baiknya kalau ilmu yang ada dimanafaatkan sebaiknya..tak naklah jadi pengganas
Delete