Ubi kentang dan Manusia Sama ?
GUNI mengandungi ubi kentang
diletakkan di tempat duduk sebuah pesawat Boeing untuk menggantikan
manusia dalam ujian pengesanan isyarat tanpa wayar.
CHICAGO - Para jurutera sebuah syarikat yang membina pesawat Boeing
di sini menggunakan guni yang mengandungi sejumlah ubi kentang untuk
menggantikan penumpang bagi menguji pengesanan gelombang bagi gajet
tanpa wayar.
Guni itu diletakkan di tempat duduk penumpang dan ia kelihatan seperti manusia semasa ujian tersebut dilakukan.
Ujian tersebut dilakukan melibatkan masa selama beberapa hari
menyebabkan guni mengandungi ubi kentang digunakan bagi menggantikan
manusia.
Menurut jurucakap Boeing, Adam Tischler, ubi kentang mengandungi
kandungan air dan menyerap serta memancarkan isyarat gelombang radio
sama seperti tubuh manusia.
Beliau berkata, ia membolehkan ubi kentang sesuai untuk menggantikan manusia dalam ujian tersebut.
Pihak syarikat Boeing membeli sebanyak 9,000 kilogram ubi kentang untuk ujian itu.
Hasil ujian tersebut, para jurutera syarikat berkenaan mewujudkan sistem proprietari untuk pelarasan isyarat internet.
Menurut Boeing, sistem itu memastikan gelombang isyarat tanpa wayar
tidak akan mengganggu peralatan komunikasi dan peralatan penerbangan
yang sensitif.
Syarikat itu menyatakan, isyarat tanpa wayar kini boleh diperoleh dalam pesawat Boeing 777, 747-8 dan 787 Dreamliner. - Agensi
George Soros - US$ Sangat Lemah - Itulah Sebabnya Saya...
Orang Malaysia Tak Ada Idea dan Malas Berfikir?
Kenapa 70% Daripada Rakyat Malaysia Guna Prepaid Berbanding Postpaid?
Orang Islam Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Harga Minyak Akan Naik Mendadak Tahun 2013?
Bestnya Tempat ni..Rugi Siapa Tak Pergi!!!
Source
ooo sama ke
ReplyDelete