Wajah Cantik Bagai Bidadari ( 4 gambar)
Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
Wajah Cantik Bagai Bidadari ( 4 gambar)
Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya
mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira
selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna. Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgE9YT5SU-8_8nvhgKufoRhxzM6uSYVrbPOY4rNhg1lkzb7TWNfWmPhfVDoYmIpyODIBHrLRBLZd9_1qnlCeJl3tt5tMbBaPUNl-WTIyBE8xCXVeftO0AkQfxcA-2TTwHJzSIc9z02meYM/s320/wajah-bidadari.jpg)
Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.
Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh
tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati
anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya
sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat
dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia
mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.
Di hadapan rumah mereka.
“Saya ingin
melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam
kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui.
Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding
diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,”
katanya.
Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya. Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008.
Comments
Post a Comment