Tuesday, December 31, 2013

7 Gambar "Sambutan Tahun Baru" Dataran Merdeka

 
Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa

"Sambutan Tahun Baru" Di Dataran Merdeka


Sambutan tahun baru 2014, di dataran merdeka telah berubah wajah. Kalau selalunya dipenuhi dengan golongan muda yang setiap tahun menanti detik dua belas malam dengan pelbagai aktiviti hiburan sambil menunggu konsert tahun baru dan juga lepak-lepak tengok bunga api, tapi dataran Merdeka semalam dipenuhi oleh para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun). Mereka berkumpul sebagai tanda protes atas kenaikan pelbagai barang dan perkhidmatan. Majoriti mereka adalah golongan pelajar pusat pengajian tinggi. Pelbagai slogan di gunakan sebagai tanda protes. Turun adalah yang paling popular!!

Protestors started gathering at 9pm at several locations around Kuala Lumpur before making their way towards Dataran Merdeka. — Picture by Saw Siow Feng
 Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa
Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa
 Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa
 Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa
 Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa
 
 Sambutan Tahun Baru Mereka Yang Kecewa

Marah?

Konsert Di Ambang Tahun Baru


Konsert Di Ambang Tahun Baru yang sepatutnya berjalan hingga jam 12 malam terpaksa dihentikan lebih awal setelah berlaku sedikit kekecohan.

p/s: Kita pasti ini adalah sebahagian daripada wajah-wajah mereka yang kecewa. Dan bagi mereka itu adalah salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Alhamdulillah tiada kejadian tidak diingini berlaku kecuali konsert 2014 ditamatkan awal. Semoga tidak ada provokasi melampau selepas ini ya!!!!. Kita semuakan civilized society!!!

Embedded image permalink
Ada Ke?

Selamat Tahun Baru 2014 Untuk Semua!!!!


http://blogwir.com/wp-content/uploads/2013/10/new-year-2014-pictures.jpg
 Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Di kesempatan ini kita ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 untuk semua pembaca Blog Santai. Dan yang pasti, pelbagai dugaan dan ujian sedang menanti kita semua di tahun baru ni. No matter what, we have to be very positive k. Ingat ini ya:

 http://2.bp.blogspot.com/-QvOXg-Khi28/TwEC5iiZZYI/AAAAAAAAAVw/ZrsV6tNyQls/s400/muhasabah-300x168.jpg
Setiap Ujian yang Allah Bagi Pasti Ada Hikmahnya.
Semakin Allah Sayang kepada Seseorang Hambanya,
Semakin Kuat Ujian Buatnya!!!
 http://www.ajuerashid.com/wp-content/uploads/2012/08/myimage1.jpeg
Apabila Kita Redha Pada Sesuatu Yang Mengecewakan Kita,
Maka Percayalah Allah Akan Menggantikan Kekecewaan Itu,
Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Jangka.

Semoga Allah Mempermudahkan segala urusan kita dan menjadikan tahun 2014 tahun yang amat bermakna untuk kita semua. Aminnn!!!

Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013

Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013


Blog Santai menutup tirai 2013, dengan kisah 10 binatang pelik yang ditemui sepanjang tahun 2013. Walaupun ada yang biasa kita temui namun sifatnya berbeza. So enjoy semua!!!

1. Blobfish
Blobfish ini dikenali sebagai haiwan yang paling hodoh di dunia. Biarpun ahli-ahli sains telah mengetahui tentang "Psychrolutes Marcidus" lebih kurang 85 tahun yang lalu, namun ikan ini yang digelar blobfish telah dinobatkan sebagai haiwan terburuk didunia pada tahun 2013. Ia juga telah diterima sebagai maskot rasmi kepada "Ugly Animal Preservation Society ".

   2. Oarfish
Kemunculan Ikan lagenda ini yang pertama kali ditemui didasar laut, pada Mac tahun ini, dianggap membawa petanda bencana. 

3. Serangga Terbang
Serangga ini telah  'menghilangkan diri' 160 tahun yang lalu. Namun pada tahun ini ia muncul buat pertama kali di Eropah.

4. Vertebrata Terkecil Di Dunia
Katak sepanjang 7mm dikenali sebagai vertebrata hidup (haiwan bertulang belakang) yang terkecil di dunia. Katak kecil, yang dinamakan Paedophryne amanuensis ditemui di Papua New Guinea. 

5. Olinguito
Haiwan ini kelihatan seperti kacukan antara kucing dan teddy bear. Olinguito adalah spesies mamalia karnivor, yang pertama kali ditemui di Hemisfera Barat pada tahun ini dalam masa 35 tahun.

 6. Jerung putih
Cerita kehadiran Jerung putih diluar pantai Florida, Carolina taua New England adalah biasa. Namun pada tahun ini, ia muncul buat pertama kali di perairan Newfoundland.

   7. Sotong gergasi
Sotong gergasi telah berjaya difilemkan untuk kali pertama tahun ini. Sotong gergasi yang berukuran 3 meter panjang ini, ditemui terdampar di persisiran pantai.

 8. Burung kakak tua
Ahli sains telah berjaya menemui "kunci" kepada Otak burung kakak tua, buat pertama kali pada tahun ini. Kunci ini telah membuka rahsia kenapa burung kakak tua mampu meniru pelbagai bahasa manusia.

9. Labah-labah
Spesies baru labah-labah yang ditemui di Peru ini dianggap bijak. Mereka menggunakan "umpan" labah-labah yang lebih besar untuk melindungi mereka.  "Umpan" tersebut akan digerakkan sekiranya pemangsa mendekati mereka.

10. Katak Berwarna ' koko ' 
Katak berwarna 'koko' pertama kali ditemui pada tahun ini di Republik Suriname, di timur laut Amerika Selatan. Ianya mirip kepada filem Harry Porter.

Monday, December 30, 2013

Hari Terakhir Tebus Rebat Tol?

touch n go 
 Hari Terakhir Tebus Rebat Tol?

Hari Terakhir Tebus Rebat Tol?


Adakah hari ini merupakan hari terakhir untuk menebus Rebat Tol sebanyak 20% bagi semua pengguna kad Touch n' Go?

Kita pun tak pasti. Tapi kepada mereka-mereka yang belum lagi membuat tuntutan, ada baiknya you all membuat tuntutan tersebut hari ni ya. Manalah taukan, kalau idea pemansuhan rebat tol benar-benar berlaku pada 1 Januari 2014, so dah tak ada peluang lagi selepas ni!!!

Memandangkan rebat tol ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada rakyat, jadi mereka berkuasa sepenuhnya untuk meneruskan hadiah mesra rakyat ini atau sebaliknya. Harap-harap mereka lebih perihatin ya!!!


11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara - PM

http://1.bp.blogspot.com/-jQjK84Arz88/USTe7GkOJlI/AAAAAAAAaEc/Aojs88SDNeg/s1600/najib-tun-razak.jpg
11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara - PM

11 Langkah Untuk Kurangkan Kos Negara


Sebagai tanda perihatin terhadap kesusahan rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara. Ini adalah antara langkah-langkah yang di ambil kerajaan untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah. 11 langkah tersebut adalah:

1. Mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

2. Mengurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 ( 30%),
kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa C.

3. Meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik bagi penjawat awam Gred Jusa C ke bawah kepada Kelas Ekonomi.

4. Mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

5.
Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

6. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

7.
Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara.

8. Mengurangkan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan.
 
9. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman.

10.
Mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

11. Mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Terima kasih lah wahai kerajaan Malaysia kerana perihatin. Harap-harap ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat ya!!!!

Jom Melancong Ke Pulau Corfu, Greece

Corfu
Pulau Corfu Greece

Pulau Corfu Greece


Kembara Virtual Blog Santai malam ni singgah di Pulau Corfu. Pulau yang dikenali sebagai Kerkyra ini, terletak di bahagian utara Kepulauan Ionia di Greece. Dari segi sejarah Corfu telah dikuasai oleh banyak kuasa-kuasa asing, terutamanya Venice, Perancis, dan Inggeris.

Di antara semua pulau-pulau yang terbaik di Greece, Corfu menawarkan pelbagai resepi yang menarik, gabungan pelbagai budaya etnik untuk landskap yang berbeza. Sebuah pulau yang kaya dengan sejarah Byzantine dan mitologi Yunani, Corfu mempunyai bandar-bandar lama yang menarik dengan gaya seni bina yang berbeza-beza Yunani, Itali, Perancis dan British.
 
 http://cdn.c.photoshelter.com/img-get/I0000zhxyFJkJCUQ/s/650/650/Corfu-Greece-81209.jpg
 Pulau Corfu Greece

Benitses, Perkampungan Nelayan

 
Benitses adalah sebuah perkampungan nelayan tradisional di Corfu. Terletak 12 km ke selatan Bandar Corfu, Iklim yang sederhana dan keindahan kampung Benitses telah menarik ribuan pelancong sejak berabad lamanya. Industri pelancongan telah berkembang menjadi sumber utama rezeki penduduk di kampung ini selain menjadi nelayan.

 http://static.panoramio.com/photos/large/11670260.jpg
Pulau Corfu Greece
 https://mw2.google.com/mw-panoramio/photos/medium/12370665.jpg
Pulau Corfu Greece

So kalau you all sukakan pantai yang bercirikan Mediterranean, Pulau Corfu adalah antara pilihan terbaik kerana kebanyakan pulau di sini masih segar dan cantik. Yang penting masih tak tercemar!!!!


Sunday, December 29, 2013

Amaran Hujan Lebat Dan Banjir Di Serawak

Banjir Di Serawak (Source)

Amaran Hujan Lebat Di Serawak


Untuk rakan-rakan di Serawak hati-hati ya kerana Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Mukah.

 https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/1477979_670260739690721_1218102325_n.jpg
 Banjir Di Serawak (Source)

Selain itu, amaran hujan lebat peringkat kuning juga turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri yang dijangka berterusan hingga esok. Keadaan hujan yang berterusan akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah. 

 https://pbs.twimg.com/media/BcpTpjBCIAACn8F.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)
http://4.bp.blogspot.com/--j_z9Y9BI2o/UsAp3nqM1DI/AAAAAAAA2II/El4KqFPC4ZQ/s1600/Gambar+banjir+teruk+di+Bintulu,+Sarawak+29+Diember+3.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)

Banjir Di Kawasan Rendah Akibat Hujan Lebat 


 https://pbs.twimg.com/media/Bcp0VVRCEAAdEHx.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)

Sementara itu beberapa kawasan rendah di empat bahagian di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin. Sehingga tengahhari tadi, 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Tanah Runtuh Hujan lebat 


Sementara itu, beberapa kawasan di Miri dan Mukah kini terputus hubungan jalan raya akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan sejak hampir seminggu. Kejadian tanah runtuh itu turut menjejaskan perhubungan darat antara daerah kecil Bakong dan bandar raya Miri.

p/s: Hati-hati semua. Berdoalah semoga keadaan tidak bertambah teruk dan tiada lagi kawasan lain yang di landa banjir. Untuk mereka-mereka di Semenanjung juga hati-hati. Kita kat kampung ni pun asyik mendung aje. Angin pun kuat. Harap-harap tidak ada gelombang kedua. Aminn!!!

Susah Hati Menang RM 1 Juta!!!!


Foto 
Susah Hati Menang RM 1 Juta!!!!

Menang RM 1 Juta!!!!


Alhamdulillah rezeki Makcik Rokeah macam durian runtuh!!!! Siapa sangka pada usia emas 77 tahun, makcik Rokeah dipilih sebagai pemenang hadiah Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Menang RM 1 juta tu...Ini yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Tapi kesian mak cik..dia risau takut ada orang jahat usik dia nanti. Jangan risau ya mak cik..Simpan dalam Bank duit tu tau jangan simpan kat rumah ya!!!

Simpan SSP 23 Tahun


Makcik Rokeah ni memang bernasib baik kerana dia baru sahaja berhajat untuk mengeluarkan SSP nya minggu lalu. Menurutnya selepas 23 tahun menyimpan dia tak mendapat apa-apa. Tapi itulah yang dinamakan rezekikan. Kalau dikeluarkan minggu lepas, mesti RM 1 juta tu dah tak jadi milik mak cik. Sebenarnya ramai yang macam Mak Cik Rokeah ni, give up bila dah lama simpan tapi tak dapat apa-apa kan. Kita yang baru beberapa tahun pun terpikir nak buat benda yang sama. Tapi nampak gayanya kena simpan ni!!!

 http://www.utusan.com.my/pix/2013/0517/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_24.1.jpg
 Menang Kereta!!

p/s: So you all kat luar sana kalau ada SSP jangan keluarkan dulu ya...Simpan k. Mana tau mungkin satu hari nanti boleh dapat RM 1 Juta jugak..Kalau tak menang RM 1 Juta, menang kereta pun ok gak!!!

Umur Persaraan Di Lanjutkan ke 70 Atau 80?

http://3.bp.blogspot.com/-DJjxcWopHaM/TpA6Mw0VLMI/AAAAAAAAB5k/pHgBs3almck/s400/umur%2Bbersara%2B60%2Btahun.JPG
Krisis Persaraan

Umur Persaraan Di Lanjut kan?


Umur persaraan bakal dilanjut kan lagi? Ini lah bayangan apa yang bakal berlaku. Umur persaraan kakitangan awam di negara ini pada ketika ini adalah  55, 58 atau 60 tahun. Dan kini apabila tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi, ada bayangan umur persaraan ini bakal dilanjutkan? Hmm..mungkinkah ianya bakal menjadi 70 atau 80 tahun.Wah ini sudah kritikal!!!!

Krisis Persaraan Dunia 

 

Satu tinjauan yang dibuat oleh agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) mendapati krisis persaraan global kini semakin membebankan pekerja. Krisis tersebut telah menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa bekerja sehingga melebihi umur persaraan yang ditetapkan iaitu pada umur 65 hingga 70 tahun ataupun lebih.

Tanggungjawab Keluarga Vs Persaraan


Secara amnya kita melihat krisis persaraan ini adalah sesuatu yang sangat serius. Cuma rasanya ada sesuatu yang tidak kena apabila ibu atau bapa kita terpaksa bekerja sehingga umur 70 atau 80 untuk menanggung keluarga atau diri mereka sendiri. Ini kerana kitaran hidup sudah haywire. 

Naluri manusia perlukan kitaran hidup dan tangggungjawab yang berbeza. Pada waktu kecil kedua ibu bapa kita yang bekerja untuk menyara keluarga. So secara logiknya, apabila si anak sudah dewasa, pastinya tugas menyara kedua ibu bapa adalah terletak pada anak-anak. Inilah waktu dan ketika mereka perlu berehat. 

Dan sekiranya umur persaraan bakal dilanjutkan, perlu ada kajian yang mendalam tentang keperluan dan tanggungjawab semua pekerja. Apakah bentuk kualiti hidup yang kita perlukan?

ApaYang You All Nampak?

http://2.bp.blogspot.com/-6jUG7DPL_ks/UCtYnrT2D-I/AAAAAAAAAGc/HstFMMB7CxU/s1600/314786_289243071104832_142120145817126_1119824_73901289_n.jpg 
Apa Yang You All Nampak? (Source)
 http://4.bp.blogspot.com/_eY26VD4y0ak/TQn9iCgfmJI/AAAAAAAAANU/OkoXq4sb2GM/s1600/pokok+sujud.JPG 
Apa Yang You All Nampak? (Source)

Apa Yang You All Nampak?


Walaupun ianya hanyalah sebatang pokok atau sebongkah batu, namun apa yang kelihatan pastinya lebih dari sebatang pokok atau sebongkah batu kan. Mungkin ianya hanya satu kebetulan, tapi inilah yang dinamakan kebesaran Allah..
 
 http://farm3.staticflickr.com/2191/1868580441_a0479cffc2.jpg
http://www.indonesia.travel/public/media/images/upload/poi/Batu%20Sujud%20Maling%20Kundang.jpg 
Dan Yang Ini Juga. Katanya Anak Derhaka yang Di Sumpah 
Seperti Tanggang!!! (Source)

Apabila kita melihatnya secara automatik kita terfikir yang baik-baikkan dan pasti yang secara pantas perkataan pertama yang terkeluar dari mulut kita adalah SUBHANALLAH...Maha Suci Allah ataupun Allah Hu Akbar, Allah Maha Besar!!!  Semua kalimah yang memuji akan kebesaran Allah.

Ngeri: Ibunya Di Bunuh Kejam!!!

Thumb 0592 
Mangsa Kekejaman Anak Sendiri 

Ngeri: Ibuya Di Bunuh Kejam!!!

 
Ngeri apabila seorang Ibu malang dibunuh kejam oleh anaknya pada malam Krismas. Ketika kedatangan polis kesan darah berselerak diseluruh ruang tamu.

Mayat wanita itu hampir tidak dikenali kerana tubuhnya hampir luluh dipukul dengan kayu besbol serta ditikam dengan pisau.  Matanya juga pecah kerana dirodok dengan sebilah pisau yang masih melekat di soket matanya. Sedihnya dan tak boleh bayangkan!!!

William Brandon Aydelott

William Brandon Aydelott

 
William Brandon Aydelott yang baru berusia 17 tahun mengaku membunuh ibunya. Sewaktu direman untuk siasatan, Barandon kelihatan tersenyum tanpa menunjukkan sebarang rasa kekesalan atau kesedihan. Ini yang dikatakan sakit jiwa tahap kronik!!!

p/s: Pastinya seluruh tubuh budak ni dikuasai oleh syaitan. Nauzubillahiminzalik,..janganlah kejadian macam ni berlaku kepada kita semua.

Derita Lelaki Berwajah Gajah

 
Bersedia Untuk Pembedahan

Derita Lelaki Berwajah Gajah


Sungguh besar dugaan Allah untuk lelaki ini. Wajahnya kelihatan seperti gajah. Berusia 37 tahun, Huang Chuncai, digelar sebagai 'China Elephant Man'. Walaupun terdapat beberapa kes yang hampir sama, beliau adalah yang paling teruk. Tumor seberat 17.5kg menutupi hampir keseluruhan mukanya.

 
Menderita Kerana Tumor

Neurofibromatosis, Simtom Gajah


Dia menderita penyakit yang dikenali sebagai neurofibromatosis, yang telah menyebabkan ketumbuhan besar di wajahnya. Walaupun telah dibuang melalui dua pembedahan, pada tahun 2007 dan 2008, tumor tersebut semakin membesar. Akibat daripada tumor tersebut, beliau tidak boleh bercakap atau makan. Tulang belakangnya hampir cacat dan tumbesarannya juga terbantut.

Pembedahan Kali ke Tiga Semasa Krismas Yang lalu

Wajahnya Menjadi Bahan Ketawa


Pada ketika usianya 10 tahun beliau terpaksa berhenti sekolah kerana tidak sanggup lagi menanggung hinaan rakan-rakan disekolah. Beliau sentiasa dijadikan bahan ketawa rakan-rakannya.

Pada usia 25 tahun, beliau telah kehilangan gigi. Mata kirinya juga gagal berfungsi kerana tersembunyi di bawah tumor tersebut.

p/s: Syukur kepada Allah kerana dikurniakn wajah yang sempurna. Semoga mereka-mereka yang di uji Allah mampu menghadapinya.

Saturday, December 28, 2013

Universiti Al Azhar Di Serang Dan Di Bakar!!!!


http://www.dailystar.com.lb/dailystar/Pictures/2013/12/28/236930_mainimg.jpg
Kenakaran Yang Berlaku Di Tingkat Satu Bangunan

Universiti Al-Azhar Di Bakar


Kemelut politik di Mesir tidak menampakkan sebarang tanda untuk berakhir. Terkini, Universiti Al-Azhar menjadi sasaran apabila sebuah bangunan fakulti di Universiti tersebut telah di bakar oleh segelintir penyokong yang tidak berpuas hati dengan kerajaan kudeta Mesir. Ketika kejadian sebahagian daripada pelajar sedang menghadapi peperiksaan.

 null
Kebakaran Yang Berlaku DiTingkat Satu Bangunan
Egypt-Clashes
Selepas Kebakaran

Pelajar Universiti Mati Di Tembak


Akibat daripada kejadian tersebut, seorang pelajar, Khaled El-Haddad, 19 tahun mati ditembak oleh pihak polis yang memasuki kawasan Universiti. Empat yang lain turut cedera. Selepas kebakaran tersebut berjaya dikawal, 60 pelajar turut ditangkap.

p/s: Doakan keselamatan rakan-rakan kita di sana. Semoga Allah melindungi mereka!!!!

Che Ta & Zain Ada Di Sini!!!!

 http://www.murai.com.my/Portals/18/ZAINCHETA/11-Zain-Saidin-Rozita-Che-Wan-Bulan-Madu-Di-Rome-Venice-ROTIKAYA-746x750.jpg 
Che Ta & Zain
http://www.mummynemo.com/wp-content/uploads/2013/12/hon3.jpg
 Che Ta & Zain

Venice, Italy


You all ingat tak lagi dalam my last entry mengenai Majlis Persandingan Che Ta & Zain kita ada mention yang salah satu destinasi bulan madu dia orang kat Venice, Italy. So malam ni kita nak ajak you all mengembara ke kota Venice...Cantik tau!!!

 #1 of World Famous Canals
 Venice "The City Of Water"

Venice seperti yang semua orang tau adalah sebuah bandar di Itali. Ia adalah ibu kota wilayah Veneto yang terletak ditimur negara itu. Ianya dibina di atas 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 terusan.  Di antara terusan terdapat banyak jambatan kecil. Mereka menyeberangai terusan menggunakan sejenis bot yang dipanggil gondola. 

 http://www.cretediscover.com/RentCraft/Italy/img/venice-italy.jpg
 Ber Gondola Di Italy

Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdapat di Venice terkenal dengan kerana seni binanya yang cantik dan menarik. Ramai pelancong yang datang ke sini dari seluruh dunia untuk melihat sendiri keunikan bandar ini. Antara yang terkenal adalah Jambatan Rialto, St Mark Basilica dan Istana Doge.

So kalau sapa-sapa yang berhajat nak pergi honeymoon kat sini macam Cik Ta & Zain, memang sesuai sangat-sangat walaupun Gondolanya teramatlah slow!!!!


 Assalamualaikum semua.. Lamanya tak hadir kat sini..Still remember me? 😅 Just a quick one to begin the day  Peringatan untuk diri sendiri ...