41 negeri AS dilanda wabak influenza

pix_gal0
Los Angeles: Wabak selesema yang membawa maut kini melanda Amerika Syarikat dengan 41 negeri dikesan terbabit. 

Selain itu, 18 kanak-kanak maut dan 2,500 lagi mangsa selesema sedang dirawat di hospital. Data yang dikumpul agensi Flu Near You menunjukkan kes selesema meningkat dengan pantas sejak beberapa minggu lalu dan antara petanda yang paling banyak dilaporkan ialah batuk (19 peratus), sakit tekak (16 peratus), keletihan (15 peratus), pening kepala (14 peratus), lenguh badan (10 peratus) dan demam (tujuh peratus).
 
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan ia sudah memperhebat langkah memantau selesema yang semakin aktif di seluruh dunia.

Menggunakan alat pengesan Flu Near You, sekurang-kurangnya 100 orang melaporkan mengalami petanda awal selesema.

Angka itu memang besar. Tahun lalu, ia tidak sampai angka itu, kata pembantu profesor pediatrik dan pakar epidemiologi, John Brownstein, di Kajian Perubatan Harvard dan Hospital Kanak-Kanak Boston kepada wartawan.

Brownstein adalah antara pengasas Flu Near You, dengan kerjasama Hospital Kanak-Kanak Boston, Yayasan Ancaman Global Skoll dan Persatuan Kesihatan Awam Amerika. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat