Api misteri bakar rumah
Dua jiran mencari barangan berharga
daripada sisa kebakaran rumah Alias (kanan) di Kampung Beris Kijal
Nenas dekat Kemaman semalam.
Sebuah rumah milik seorang peniaga makanan di Kampung Beris
Nenas, Kijal dekat sini hangus terbakar tengah hari semalam dipercayai
berpunca daripada kemunculan api misteri sejak Khamis lalu.
Pemiliknya, Alias Ahmad, 43, mendakwa, tragedi malang itu berlaku
pada pukul 11.30 pagi apabila api misteri itu membakar hangus rumahnya
dalam masa 15 minit.
Lebih mencetuskan misteri ialah api tersebut muncul secara tiba-tiba dari arah bilik air rumah peniaga makanan berkenaan.
"Api misteri itu merebak dan membakar keseluruhan rumah dengan begitu
cepat sekali sehingga menyebabkan saya sekeluarga panik," katanya
ketika ditemui Kosmo! semalam.
Menjelaskan lebih lanjut, Alias berkata, dia mula berasa tidak sedap
hati apabila mendapati api misteri muncul pada pukul 5 pagi Khamis lalu
dan membakar apron yang diletakkan di dapur.
byk dengar cerita2 tntg api misteri ni entah.. wallahualam.
ReplyDeleteapi dr mana tu ye?
ReplyDelete