GAMBAR pada 20 Januari lalu menunjukkan bangunan kilang syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di Shanghai, China.
SHANGHAI - Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang
berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus
tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis
menyuraikan protes tersebut.
Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini
menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di
sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya.
Satu kenyataan syarikat induk Shinmei Electric Co. kelmarin
menyatakan, semua pengurus berkenaan tidak dicederakan dengan mereka
dibebaskan selepas 300 anggota polis tiba di premis itu.
"Pekerja-pekerja itu menuntut peraturan tidak munasabah yang
menyatakan mereka cuma diberikan masa dua minit untuk ke tandas
dimansuhkan," kata pengawal keselamatan kilang tersebut yang dikenali
sebagai Feng.
"Mereka turut menuntut agar pihak pengurusan membatalkan peraturan
mendenda pekerja yang lewat ke tempat kerja untuk kali pertama sebanyak
50 yuan (RM24) dan memecat pekerja yang lewat sebanyak dua kali j,"
tambahnya.
Menurut pengawal keselamatan berkenaan, semua pengurus itu kemudian
bersetuju untuk menimbang semula dua peraturan yang menimbulkan
kemarahan pekerja kilang itu.
Kilang tersebut mengeluarkan gegelung elektromagnetik dan beberapa produk elektronik lain.
ape ke logik 2 minit je, kena yag sakit perut melampu tu camner !
ReplyDeleteInilah sebab China tak suka Jepun...hahahha.
ReplyDeleteLuka lama masih berdarah!!
Tapi memang tak logik betul..yang lelaki ok ler..
Kalau pompuan..hemmm
2 minit...jalan ketandas jer dah 2minit. Ini undang2 zaman jahiliah!
ReplyDelete