Bawa ular ke hospital
Demi menyelamatkan nyawa, seorang mangsa patukan ular
senduk sanggup berpatah balik ke rumah dari hospital untuk mengambil
bangkai haiwan itu bagi membolehkan doktor mengenal pasti vaksin sesuai.
Lebih memilukan, mangsa sanggup merelakan badannya dipatuk haiwan berkenaan demi menyelamatkan nyawa anak tunggalnya yang ketika itu berada berdekatan ular tersebut.
Petani, Md Noor Mahat, 47, berkata, dalam kejadian Jumaat lalu kira-kira jam 2.30 petang, dia baru sahaja pulang menunaikan solat Jumaat sebelum berbaring di atas sofa untuk berehat.
Menurutnya, sebaik melihat anaknya berbaring di atas sebuah tilam yang diletakkan di atas lantai, dia lantas mendekati anaknya, Alif Haikal, 6, untuk bermain dan berbaring bersama.
“Ketika kami sedang bermain, saya mendapati seekor anak ular senduk sebesar jari telunjuk keluar dari bawah sofa dan menjalar dengan begitu laju ke arah anak saya.
“Terkejut dengan kejadian itu, saya bertindak pantas memeluk serta melindungi anak memandangkan jarak antara sofa dan tempat kami bermain tidak sampai setengah meter,” katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Baru, semalam.
Md Noor berkata, akibat kejadian itu, dia mula mengerang kesakitan dan berasa hampir pengsan kerana bisa ular berkenaan sudah meresap ke dalam badannya.

Bagaimanapun, dia terpaksa menggagahkan diri mencapai penyapu yang
kebetulan berada di sebelahnya dan terus membunuh haiwan itu kerana
bimbang akan mematuk anaknya pula.
“Saya segera meminta jiran untuk menghantar saya ke Klinik Kesihatan Gunong Semanggol kerana berasa amat sakit seterusnya dikejarkan ke Hospital Taiping. “Setibanya di hospital, doktor mengarahkan saya mengambil semula bangkai ular berkenaan bagi mengenal pasti jenis ular untuk diberikan vaksin yang sesuai,” katanya.
Kata Md Noor, dia nekad pulang semula ke rumah untuk mengambil bangkai haiwan berkenaan dan itulah pengalaman yang tidak dapat lupakan sehingga kini. Jelasnya, dia terpaksa ditahan di hospital selama tiga hari untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Saya bersyukur anak saya tidak dipatuk ular berkenaan kerana saya percaya jika saya tidak baring bersama anak saya sudah tentu dia akan menjadi mangsa. “Mungkin ALLAH telah menggerakkan saya untuk menjadi pelindung kepada anak saya,” katanya.

kasih seorang ayah(sebak KA baca n3 ni)
ReplyDeleteTerharukan KA..Itulah kasih ayah yang tak mungkin dituakr ganti..
Deleteterharunyaaa baca. huhuhuhu. pengorbanan seorang ayah kan. hurmmm..huhuhuhu
ReplyDeleteBetul tu sue..pengorbanan seorang ayah..
DeleteKasih dan pengorbanan seorang ayah kepada anaknya... Sanggupkah anak demi ayah??
ReplyDeletetepat sekali BM..Sanggupkah anak demi ayah?? inilah yang kita semua patut renungkan...
Deleteeee...takutnya..
ReplyDeletepengorbanan seorang bapa..
Sayang ayah kan Mama Rey..ibu & ayah pasti sanggup berkorban apa saja untuk ana-anaknya!!!
DeleteKasih bapa kepada anak sanggup bergadai nyawa...
ReplyDeleteBetul tu MIA..Sayangi mereka seperti kita menyayangi diri sendiri coz mereka pasti sanggup lakukan apa saja untuk anak-anaknya!!!
Delete