Berpuluh tebusan belum ditemui
TOKYO 20 Jan. - Berpuluh-puluh tebusan masih belum ditemui dan nasib mereka tidak diketahui, walaupun tentera Algeria sudah menguasai sepenuhnya kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria.
Jurucakap firma Jepun, JGC Corp., Takeshi Endo hari ini berkata,
sebanyak 17 pekerja firma itu yang bertugas di kompleks itu terdiri
daripada 10 warga Jepun dan tujuh warga lain termasuk dua dari Malaysia,
masih gagal dikesan.
Tentera Algeria, semalam melancarkan serangan terakhir dan
menumpaskan kumpulan militan yang menawan kompleks itu sejak Rabu lalu.
Endo berkata, setakat ini tiada maklumat mengenai nasib 17 pekerja itu.
''Nasib 10 rakyat Jepun dan tujuh pekerja asing masih belum diketahui.
Bagaimanapun, Endo mengesahkan sebanyak 61 lagi pekerjanya terselamat dalam insiden tersebut.
Sementara itu, pihak berkuasa Algeria berkata, 23 tebusan terdiri
daripada pekerja asing dan tempatan terbunuh ketika tentera Algeria
menggempur kompleks itu, semalam.
Selain itu, kata Endo, hanya tujuh daripada 17 pekerja Jepun di kompleks disahkan selamat.
''Kami sedih mendengar pengumuman kerajaan bahawa sejumlah rakyat Jepun terbunuh dalam kejadian itu.
''Kami mengakui situasi di sana sangat buruk berdasarkan maklumat
yang diterima daripada kerajaan dan pejabat kami di Algeria,'' katanya.
Orang Malaysia Tak Ada Idea dan Malas Berfikir?
Jeans Hanya untuk Lelaki & Haram bagi Perempuan Memakainya?
Jeans Hanya untuk Lelaki & Haram bagi Perempuan Memakainya?
kesian juga tebusan2 itu..harap2 10 rakyat jepun itu terselamat..
ReplyDeletesedih baca berita2 mcm ni
ReplyDeleteKan KA..macam-macam kisah kat Dunia ni..
ReplyDelete