Berpuluh tebusan belum ditemui


 
Sebahagian tebusan yang dikumpulkan di kawasan lapang di kompleks pemprosesan gas di In Amenas kelihatan mengangkat tangan dalam imej video yang diterima kelmarin, sebelum skuad khas tentera Algeria menggempur kompleks itu bagi membebaskan tebusan. - REUTERS 


TOKYO 20 Jan. - Berpuluh-puluh tebusan masih belum ditemui dan nasib mereka tidak diketahui, walaupun tentera Algeria sudah menguasai sepenuhnya kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria.

Jurucakap firma Jepun, JGC Corp., Takeshi Endo hari ini berkata, sebanyak 17 pekerja firma itu yang bertugas di kompleks itu terdiri daripada 10 warga Jepun dan tujuh warga lain termasuk dua dari Malaysia, masih gagal dikesan.

Tentera Algeria, semalam melancarkan serangan terakhir dan menumpaskan kumpulan militan yang menawan kompleks itu sejak Rabu lalu.

Endo berkata, setakat ini tiada maklumat mengenai nasib 17 pekerja itu.

''Nasib 10 rakyat Jepun dan tujuh pekerja asing masih belum diketahui.

Bagaimanapun, Endo mengesahkan sebanyak 61 lagi pekerjanya terselamat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa Algeria berkata, 23 tebusan terdiri daripada pekerja asing dan tempatan terbunuh ketika tentera Algeria menggempur kompleks itu, semalam.

Selain itu, kata Endo, hanya tujuh daripada 17 pekerja Jepun di kompleks disahkan selamat.

''Kami sedih mendengar pengumuman kerajaan bahawa sejumlah rakyat Jepun terbunuh dalam kejadian itu.

Comments

  1. kesian juga tebusan2 itu..harap2 10 rakyat jepun itu terselamat..

    ReplyDelete
  2. sedih baca berita2 mcm ni

    ReplyDelete
  3. Kan KA..macam-macam kisah kat Dunia ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat