Anthony Ngyen mendapatkan suntikan vaksin wabak selesema di sebuah klinik di Boston, Massachusetts, kelmarin. - REUTERS
NEW YORK 13 Jan. - Gabenor New York, Andrew Cuomo semalam
mengisytiharkan darurat di seluruh bandar raya ini selepas wabak
selesema menyebabkan lebih 19,000 orang sakit, langkah yang membolehkan
pakar farmasi memberi imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak.
Cuomo berkata, dalam usaha untuk membendung penyebaran virus membawa
maut itu, adalah penting untuk mengantung peraturan yang mengehadkan
pakar farmasi New York memberikan vaksin selesema kepada pesakit berumur
18 tahun ke atas sahaja.
Keputusan itu dibuat ekoran wabak selesema di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangka berterusan beberapa minggu lagi.
Terdapat sekurang-kurangnya 28,747 kes dilaporkan di seluruh AS
setakat ini dengan 20 kanak-kanak maut akibat penyakit itu, menurut
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Namun, jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana ramai yang sakit tidak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Kami berdepan dengan wabak selesema terburuk sejak 2009 dan penyakit
itu sedang merebak di bandar raya ini dengan kes dilaporkan di semua 57
daerah di New York.
Sehubungan itu, saya mengarahkan jabatan pentadbiran, kesihatan dan
semua pihak untuk mengumpulkan seluruh sumber diperlukan dalam menangani
darurat kesihatan wam dan menghapuskan semua sekatan bagi memastikan
semua penduduk New York mendapatkan vaksin," katanya dalam satu
kenyataan. - AFP
wei risau juga dgn wabak selesama ni ye
ReplyDelete