• Home

Blog Santai

  • Home

Breaking News

Tuesday, January 15, 2013

Doa Yang Mustajab


NABI SAW telah mengajar umat Baginda agar sentiasa menjaga adab-adab dalam berdoa. Ini adalah kerana doa merupakan sebuah permohonan dan permintaan yang dilakukan kepada Allah Yang Maha Esa. 

Mana mungkin Allah SWT menerima sesuatu permintaan yang dibuat tanpa menggunakan bahasa yang terbaik, merendah diri dengan perasaan kehambaan dan pengharapan yang tinggi kehadrat-Nya.

Bahasa doa yang paling terbaik ialah dengan menggunakan bahasa yang ditunjukkan dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amati, doa-doa yang dikemukakan oleh al-Quran dan hadis amat ringkas tetapi padat. Ia tidak berjela-jela dan meleret-leret sehingga terkeluar daripada maksudnya yang sebenar. 

Doa-doa daripada para Rasul dan Nabi-Nabi yang dirakamkan dalam al-Quran amat fokus dan tepat dengan maksudnya, di samping menunjukkan sifat kehambaan yang begitu unggul yang dimiliki oleh mereka.

Di samping perlu menjaga adab-adab dalam berdoa, kita juga perlu mengetahui waktu paling mustajab doa. Mudah-mudahan dengan kita amalkan doa pada waktu-waktu tersebut, Allah SWT akan makbulkan semua permintaan dan permohonan kita.

Kita perlu memahami bahawa terdapat waktu-waktu yang dimuliakan Allah SWT berbanding waktu-waktu yang lain. Sebagaimana bulan Ramadan lebih mulia daripada bulan-bulan lain dan hari Jumaat adalah hari paling mulia berbanding hari-hari lain. Ini bukannya bermaksud hari-hari lain tidak mulia, tetapi ia menunjukkan keutamaan dan fadilat yang lebih berbanding yang lain
.
Antara waktu-waktu yang dimustajabkan doa ialah;

Akhir satu pertiga malam: Akhir waktu sepertiga malam adalah waktu yang paling terbaik untuk seorang hamba bermunajat kepada Allah SWT. Pada detik dan saat ini, biasanya suasana lebih tenang dan damai, memudahkan sang hamba untuk memberikan fokus dan perhatian kepada pengakuannya dan taubatnya kepada Allah SWT. 

Allah SWT juga suka untuk memakbulkan doa orang-orang yang bangun di tengah malam kerana tentunya mereka terpaksa mengorbankan masa tidurnya semata-mata kerana Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa: Waktu ini terpilih kerana orang yang berpuasa telah berjaya mengharungi lebih kurang 12 jam menahan nafsu semata-mata kerana Allah SWT. 

Oleh itu, waktu berbuka puasa ialah waktu yang amat mustajab kerana ia membuktikan sifat kehambaan seseorang yang telah meninggalkan keinginannya kerana Allah SWT. 

Maka, ketika meraikan kejayaan tersebut ketika berbuka puasa, Allah SWT akan mendengar segala permintaannya dan akan dipertimbangkan untuk dimakbulkan. 

Daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa terdapat ketika saat berbuka doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibnu Majah)

Ketika selesai menunaikan solat fardu: Ketika seseorang itu menunaikan solat, dia sebenarnya sedang bermunajat, memohon ampun dan berdoa kepada Allah SWT. Solat fardu adalah bukti dan manifestasi kehambaan seseorang itu kepada Allah SWT. 

Maka itu, selepas menunaikan solat adalah detik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap Mukmin untuk berdoa kepada Allah SWT
.
Daripada Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah SWT. Lalu Baginda SAW menjawab: "Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardu." (sunan At-Tirmidzi)

Hari Jumaat: Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam, iaitu penghulu segala hari. Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat. 

Pada hari ini juga terdapat satu detik yang amat berharga. Pada detik itu, Allah SWT akan memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya. Namun, detik itu dirahsiakan dari pengetahuan manusia. 

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat yang mana tiadalah seorang hamba Muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah, melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut. (riwayat al-Bukhari) 

Antara azan dan iqamah: Azan dan iqamah adalah panggilan untuk mendirikan solat. Pada waktu ini umat Islam akan meninggalkan urusan sehariannya dan akan menumpukan kepada solatnya. 

Daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah." (riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Baihaqi)

Ketika sujud: Ketika sedang sujud, seorang hamba akan meletakkan kepala dan wajahnya di tampat yang paling rendah sekali. Ini adalah merupakan satu bentuk pengakuan bahawa dirinya adalah hamba yang sangat lemah, miskin dan hina. Sifat merendahkan diri ini sangat penting untuk merasakan kebesaran dan keagungan Allah SWT. 

Daripada Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa kerana pada detik itu sangat tepat untuk dikabulkan. (riwayat Muslim)

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi waktu yang amat dimustajabkan doa seperti malam Lailatulqadar, hari Arafah dan sebagainya. Namun, yang paling penting sekali dalam melakukan doa ialah rasa keikhlasan dalam diri dan sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.


Fungsi Baru Facebook: Biar Betul!!!
George Soros - US$ Sangat Lemah - Itulah Sebabnya Saya...
Orang Malaysia Tak Ada Idea dan Malas Berfikir?
Jeans Hanya untuk Lelaki & Haram bagi Perempuan Memakainya?
Anugerah Tuhan Perlu Di Jaga Bukan Di Dera!!!!
Beli Emas Di Bank Haram?
Bestnya Offer ni..Rugi Siapa Tak Ambil!!!

Source
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 4:14 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Renungan Dan Ingatan

8 comments:

  1. Bin MuhammadJanuary 15, 2013 at 6:30 PM

    Info yang amat berguna...thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog SantaiJanuary 16, 2013 at 6:25 AM

      Thanks BM coz zudi baca...

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. AnonymousJanuary 15, 2013 at 8:48 PM

    tq share this dear !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog SantaiJanuary 16, 2013 at 6:25 AM

      You are most welcome Dear!!!

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  3. UnknownJanuary 15, 2013 at 10:37 PM

    tq atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog SantaiJanuary 16, 2013 at 6:26 AM

      Thanks to you too Mama Rey coz sudi baca!!!

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  4. Eman sherkawyAugust 9, 2021 at 9:25 AM

    شركة نقل عفش بالخرج
    شركة نقل عفش ببريدة
    شركة نقل عفش بخميس مشيط
    شركة نقل عفش بالقصيم
    شركة نقل عفش بتبوك
    شركة نقل عفش بابها
    شركة نقل عفش بنجران
    شركة نقل عفش بحائل

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Eman sherkawyAugust 9, 2021 at 9:25 AM


    شركة مكافحة حشرات بالطائف
    شركة تنظيف فلل بالطائف
    شركة تنظيف شقق بالطائف
    شركة تنظيف منازل بالطائف
    شركة كشف تسربات بالطائف
    شركة عزل اسطح بالطائف
    شركة تسليك مجاري بالطائف
    شركة تنظيف كنب بالطائف
    شركة تنظيف مساجد بالطائف

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
  • ►  2016 (20)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (8)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (7)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)
    • ►  January (8)
  • ►  2014 (1162)
    • ►  December (77)
    • ►  November (71)
    • ►  October (71)
    • ►  September (73)
    • ►  August (67)
    • ►  July (85)
    • ►  June (111)
    • ►  May (134)
    • ►  April (119)
    • ►  March (126)
    • ►  February (111)
    • ►  January (117)
  • ▼  2013 (1464)
    • ►  December (127)
    • ►  November (130)
    • ►  October (121)
    • ►  September (130)
    • ►  August (115)
    • ►  July (119)
    • ►  June (125)
    • ►  May (120)
    • ►  April (132)
    • ►  March (116)
    • ►  February (111)
    • ▼  January (118)
      • Drama Sahara Menghina Islam !!!
      • 15 Orang Hilang Setiap Hari
      • Muntah ikan paus bernilai RM210,502
      • 15,000 Kakitangan Awam Suka Ambil MC ?
      • Hukum Membunuh Cicak
      • Kafe Barbie Pertama dibuka di Taipei (5 gambar)
      • Ngeri: Makan anak kerana lapar !!!!
      • Pelik: Ketagih Bulu Kucing Sejak Kecil
      • Tayar KL Monorail Meletup
      • Kereta Sport Arab Pertama ( 4 gambar)
      • Monyet ke angkasa lepas
      • Mesir Isytihar Darurat
      • Kampung tersejuk di dunia - Oymyakon (8 gambar)
      • Robot Menari
      • Dunia hadapi krisis obesiti
      • Unik: Air Kopi jadi dakwat lukisan
      • 31 maut rusuhan berdarah kerana bola sepak
      • UFO terhempas punca ikan mati
      • Sahabat Istimewa
      • Tubuh "Gempal" Panjang Umur
      • Duit syiling dilelong pada harga lebih AS$10 juta
      • Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus
      • 21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di nege...
      • Jakarta tenggelam 27 Januari?
      • Kasih & Pengorbanan Seorang Ibu
      • Kereta tanpa kawalan bantu pemandu tidur
      • Rumah Dari Bongkah Batu (5 gambar)
      • Salam Maulidul Rasul, 12 Rabiulawal 1434h
      • Misi Rasulullah SAW, Nabi Akhir Zaman
      • Bantah masa ke tandas 2 minit
      • Kasut Paling Hodoh Di Dunia
      • Budak lelaki maut dihempap TV
      • Penderaan di penjara Afghanistan
      • Kawah tasik purba di Marikh
      • Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak
      • Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit
      • Kemenangan JOZAN: Usaha Zizan, Pengorbanan Johan
      • Berpuluh tebusan belum ditemui
      • Kepala budak 5 tahun pecah dihempap tayar treler
      • Malaysia: Negara Tergemuk di Asia Tenggara?
      • Osama Hidup Selesa di Pakistan ?
      • Pelik: Terseliuh 10 kali sehari
      • Unik: Pertunjukan pakaian diperbuat daripada coklat
      • Warga emas bersenam dalam salji
      • Jozan juara Maharaja Lawak Mega 2012, Kongsi RM500...
      • Hotel kapsul terbesar di China dibuka (5 gambar)
      • Bilik tidur Angkasawan (4 gambar)
      • Tersangkut 4 jam atas pokok kelapa
      • Doa Rasulullah Buat Muslimin
      • Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen
      • Selesema: Awas, telefon bimbit punca jangkitan
      • Malaysia destinasi paling popular
      • Restoran Robot Pikat Pelanggan (5 gambar)
      • Tomato hapus sedih
      • Video 'Listen, Listen' Versi Lucu
      • Doa Yang Mustajab
      • Fenomena manusia dan emosi
      • Pencemaran udara Beijing terburuk dalam sejarah
      • Unik: Karavan dalam hotel (5 gambar)
      • Api misteri bakar rumah
      • Guna nama ALLAH dalam agama lain : Bawa mudarat at...
      • 'Scan' penyakit guna telefon bimbit, warga emas ru...
      • Darurat di New York
      • Misteri ikan naga
      • Jubah Abaya Dubai Giveaway
      • Selesema burung:Virus H5N1 senjata biologi ?
      • Cuaca ubah rasa air laut
      • ‘Lembik’ dibelasah
      • Robot : Mimik emosi budak
      • Himpunan Kebangkitan Rakyat (17 gambar)
      • Pemandangan Unik Bilik Tandas
      • Ribut debu merah di Australia Barat
      • Derita Budak "Vampire"
      • Revolusi Timur Tengah & Kesannya kepada Masyarakat...
      • Sempurnakan Solat Kita?
      • Ribut salji landa Baitulmuqaddis
      • Otak dalam hidangan segera
      • Awas: Ajaran Sesat Panji Langit
      • Mengucap demi wang ?
      • Asteroid lebih besar dari jangkaan akan melanggar ...
      • Pembedahan pindah tangan pertama di UK
      • Exklusif: Lotus Model Evora
      • Sotong gergasi hidup muncul di Jepun
      • Tiket Percuma Untuk Semua!!!!
      • Saintis temui banyak planet seperti Bumi
      • Kerana Miskin, 4 beranak tinggal dalam kebun getah
      • Pengunjung zoo kena tutup aurat
      • 41 negeri AS dilanda wabak influenza
      • Kostum Pelik di Festival Vijanera (9 Gambar)
      • AMARAN: Ribut Taufan Sonamu Melanda Pantai Timur M...
      • Bawa ular ke hospital
      • Kejam! Bayi baru lahir di buang dalam tong sampah
      • Tahniah Yuna: 'Terukir Di Bintang' Juara AJL27
      • Kemeja Emas Pikat Wanita?
      • Tuna dilelong RM5.5 juta
      • Jutawan sapu jalan
      • Kejam: Majikan & Isteri Di Bunuh, Di Bakar & Di Ja...
      • Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza
      • Tinggal Kenangan: Sisa-Sisa Banglow Di Puncak Seti...
      • Kejam: Nulfera Dibunuh & Mayat Di Buang Dalam Tong...
  • ►  2012 (763)
    • ►  December (154)
    • ►  November (138)
    • ►  October (131)
    • ►  September (131)
    • ►  August (103)
    • ►  July (106)

Popular Posts

  • 1st Segmen : Kasi Terjah by Add
  • Kisah Putu Bambu
  • 4 Solat Sunat Yang Di Tuntut
  • Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat
  • Renungan Sebelum Tidur

About Me

Blog Santai
View my complete profile

Followers

Powered by Blogger.
Designed By