Zizan (kiri) dan Johan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Johor Baru, Jumaat.
Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara
Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang
dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara
yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB),
di sini malam Jumaat.
Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai
pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen
membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama. Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke.
Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak
RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.
Lawak Johan dan Zizan berjaya membawa tuah kepada mereka.
Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil)
yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur
dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang
masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya
undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2012 akhir itu terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani. Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2012 akhir itu terdiri daripada Awie, Wulan Guritno, Najib Ali dan Lisa Surihani. Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka, Jozan berkata, ia adalah
rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk
menang. Bagaimanapun ia adakan berkat sokongan para peminat yang sentiasa
menjadi pendorong untuk mereka memberikan persembahan mantap pada setiap
minggu. "Tanpa peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kejayaan ini tidak
akan bererti dan kemenangan ini adalah untuk mereka semua," jelasnya
ketika ditemui selepas acara itu.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden
Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh bersama Pengurus Saluran
Premium Astro, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.
Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bersiaran secara langsung menerusi saluran Mustika HD (134) dan Astro Warna (132).
Salam..dieorunk mang best
ReplyDeleteyup airis...suker dia orang!!!
ReplyDeleteشركة نقل عفش بابها
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بالظهران
شركة مكافحة حشرات بالطائف
ReplyDeleteشركة تنظيف فلل بالطائف
شركة تنظيف شقق بالطائف
شركة تنظيف منازل بالطائف
شركة كشف تسربات بالطائف
شركة عزل اسطح بالطائف
شركة تسليك مجاري بالطائف
شركة تنظيف كنب بالطائف
شركة تنظيف مساجد بالطائف
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع