Satu daripada kediaman tradisional penduduk di Oymyakon. - AGENSI
SELAMAT datang ke perkampungan yang paling sejuk
di dunia, dengan suhu paling rendah pernah dicatatkan sehingga -71.2
darjah celsius, kenderaan sering rosak kerana enjin membeku, namun
kebanyakan kediaman penduduknya masih memiliki tandas di luar rumah!
Daerah perkampungan Oymyakon, yang terletak di Republik Sakha, Rusia,
mencatatkan rekod sebagai tempat dengan suhu paling rendah yang dihuni
manusia di dunia ini.
Oymyakon bermaksud 'air yang tidak membeku,' berikutan terdapat satu
mata air panas di situ dan biasanya daerah tersebut mempunyai suhu
purata -50 darjah celsius sepanjang Januari.
Perkampungan itu dihuni kira-kira 500 penduduk, pada asalnya iaitu
sekitar 1920-an dan 1930-an menjadi tempat persinggahan penggembala rusa
kutub yang memberi air kepada haiwannya daripada mata air panas di
situ.
Namun, kerajaan Soviet yang memerintah ketika itu menjadikan kawasan
itu penempatan tetap puak nomad kerana mereka menganggap kumpulan itu
sukar dikawal.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ, selain ikan air sejuk,
penduduknya banyak bergantung makanan kepada daging rusa kutub dan
daging kuda, namun mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Doktor berkata, punca penduduk di situ tidak mengalami malnutrien
kerana susu lembu yang diminum mereka mengandungi banyak mikronutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka
sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak
boleh dihidupkan lagi.
Selain kenderaan, antara masalah yang sering dihadapi penduduk adalah
dakwat pen membeku, cermin mata, cermin kenderaan malah cermin kediaman
membeku menyukarkan pemandangan.
Satu lagi masalah paling sukar adalah ketika mengendalikan pengebumian yang mengambil masa sehingga tiga hari. Hari pertama diperlukan untuk mencairkan tanah dengan cara menyalakan unggun api bagi memudahkan ia digali.
Arang yang masih membara akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali
dan proses itu diulang-ulang sehingga lubang tersebut cukup dalam untuk
mengebumikan mayat.
Kebanyakan kediaman di kampung itu masih membakar arang dan kayu
untuk pemanasan, namun terdapat beberapa kediaman memiliki kemudahan
moden termasuk bagi memanaskan kediaman.
Terdapat beberapa buah kedai yang menjual keperluan di situ dan
kebanyakan penduduk bekerja sebagai penternak rusa kutub, pemburu dan
nelayan.
Tidak memeranjatkan apabila penduduk di situ sangat tahan cuaca.
Sekolah di Oymyakon hanya ditutup seandainya suhu menurun sehingga
mencecah -52 celsius.
Sepanjang musim sejuk, perkampungan itu mengalami tempoh siang yang
singkat iaitu selama tiga jam, manakala ketika musim panas, tempohnya
memanjang sehingga 21 jam dengan suhu panas sekitar 30 celsius.
mcm mana la dorang leh bertahan dgn sejuk yg melampau tu ek..sy yg sejuk kat opis ni je da xleh tahan...
ReplyDeleteHe..he ena..sure tak leh stay kat kampung ni...
Deletefuhhh mmg tabik spring la pd sesiapa yg tinggal di sana
ReplyDeleteYup MD..tabik spring giler-giler punya!!
Deleteteringinnya nak p tempat2 yang macam neh!
ReplyDeleteJom sue..kita pun dah rindu suasana cam ni..
DeleteKA ada baca juga ni,, bayangkan kalaukita kat sana hu sejuk giler tu
ReplyDeleteBetoi tu KA...memang sejuk giler..dia orang yang stay kat sini memang tahap gaban punya!!
DeleteBerita tentang togel, dan masih banyak lagi silahkan bergabung dengan kami dan nikmati artikel yang ada di dalamnya :D
ReplyDeleteTogel Online Indonesia
Agen Togel Online
Togel Online
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث
نقل عفش بابها
ReplyDeleteنقل عفش برابغ
شركات نقل العفش بجازان
نقل عفش بجازان
دينا نقل عفش داخل وخارج مكة
دينا نقل عفش داخل وخارج الرياض
شركات نقل العفش بخميس مشيط
افضل شركة نقل عفش بحائل