Breaking News

Sunday, January 6, 2013

Kejam! Bayi baru lahir di buang dalam tong sampah

Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.

Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.

Sumber polis berkata, bayi perempuan itu yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui seorang pengutip sampah yang mencari barangan terpakai di kawasan itu.

Menurutnya, pengutip sampah yang mengais tong sampah milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dikatakan menemui beg itu sebelum membukanya.


“Bagaimanapun, dia terkejut sebelum menjerit ketakutan dan berlari dari lokasi mayat bayi itu ditemui. Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menghubungi polis.

“Anggota polis forensik yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemui mayat bayi berlumuran darah itu di dalam tong sampah,” katanya.

Bagaimanapun, polis belum dalam memastikan sama ada bayi itu mati akibat dibuang ke dalam tong sampah atau ketika dia dilahirkan.


“Ini kes pertama membabitkan bayi dibuang di bandar raya ini tahun ini. Polis menghantar mayat bayi itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Orang ramai ada maklumat diminta menghubungi Balai Polis Ipoh di talian 05-2451500 untuk bantu siasatan,” katanya.

14 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu Carlos..hanya syaitan yang berperangai macam ni!!!

      Delete
  2. jahiliah semakin berleluasa ..

    recent post- Tengok Live Updated dan Keadaan Taufan Di sini.

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/01/taufan-sonamutengok-live-update-dan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betultu Lynn..manusia akhir zaman yang kembali ke zaman jahiliah!!!

      Delete
  3. tak dak akai betul!
    anak yang tak bersalah di lakukan begitu..hati binatang betol!
    gerammmm!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ena..apalah dosa bayi nikan..hanya ALLAH yang tahu kenapa dia diperlakukan macam ni...dan pasti yang melakukan nya adalah dari spesis binatang yang tak sayang anak!!!

      Delete
  4. xde akal betul sapa yg buat keje ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA...akal letak di bawah tapk kaki...or memang tak ada akal!!!

      Delete
  5. mintak jauh kan kita bersifat kejam begini...na'uzubillah..

    ReplyDelete

Designed By