KEGAGALAN kumpulan Jozan untuk bergelar juara sewaktu menyertai
rancangan Maharaja Lawak setelah tumpas kepada Sepah, dua tahun lalu
tidak bermakna mereka gagal menambat hati peminat komedi di Malaysia. Buktinya, pada Jumaat lalu kumpulan yang dianggotai oleh Yazid Lim
Mohamad Aziz atau Johan dan Mohd. Razizan Abd. Razak telah dinobatkan
sebagai juara pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012.
Dalam saingan yang berlangsung di hadapan kira-kira 5,000 penonton
yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB),
Jozan berjaya mengetepikan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Jambu
untuk bergelar juara.
Ketika ditemui pada sidang akhbar selepas acara berakhir, Zizan
berkata dia sememangnya tidak menjangka sama sekali dengan kemenangan
tersebut, meskipun mereka sudah mendominasi tangga teratas sejak dari
minggu pertama lagi.
“Pada malam ini kami tidak terlalu yakin untuk menang kerana
kumpulan-kumpulan lain yang turut bersaing di pentas akhir ini memang
kuat dan mereka turut menampilkan persembahan yang mantap.
“Namun begitu, saya bersyukur apabila usaha gigih kami selama 10
minggu bersaing dalam pertandingan ini begitu berbaloi dan ia bukan
sahaja kemenangan buat Jozan, malah ia merupakan kejayaan istimewa buat
para peminat yang banyak menyokong kami,” ujarnya.
Ditanya tentang perasaannya atas kemenangan yang diraih, Zizan
mengakui sangat sebak dengan kembalinya Johan setelah dua kali terpaksa
beraksi secara solo menjelang saingan final.
Ujarnya, dia sangat terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh
rakan gandingannya itu, meskipun berada dalam keadaan kesihatan yang
tidak mengizinkan. “Saya ada bertanya kepada Johan supaya tidak memaksa diri sekiranya
tidak mampu, namun dia kelihatan bersemangat untuk turut serta. Tidak
dinafikan persiapan yang kami lakukan sekadar ala kadar dan saya anggap
kemenangan ini adalah rezeki daripada Allah," ujarnya.
Sementara itu, Johan yang terpaksa berkerusi roda ketika hadir pada
sidang akhbar tersebut menyatakan sikap kental diri Zizan yang
berseorangan untuk mempertahankan kedudukan Jozan sehingga layak
bersaing ke peringkat akhir sesuatu yang wajar dipuji.
Ujarnya, dengan kejayaan kumpulannya itu mara ke pentas akhir MLM
2012 sememangnya telah menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk
turut beraksi bersama-sama dengan Zizan.
“Kalau diikutkan doktor memang tidak mengizinkan kerana keadaan saya
yang belum benar-benar sembuh sepenuhnya. Namun begitu, saya tetap
berkeras dan akhirnya doktor memberikan kebenaran dan dia berpesan
supaya saya tidak bergerak terlalu aktif.
“Sebenarnya ini merupakan pengorbanan yang paling besar harus saya
lakukan sehingga terpaksa menanggung risiko. Apa yang lebih penting saya
lakukan ini semata-mata untuk keluarga, rakan gandingan saya dan para
peminat Jozan yang banyak memberikan sokongan,” ujarnya yang sudah
menjalani pembedahan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 29
Disember lalu.
Menurut Johan, setengah jam sebelum memulakan persembahan dia
terpaksa meletakkan ais di bahagian lututnya itu supaya tidak
mendatangkan sebarang kesakitan dan bersyukur kerana masih mampu
menampilkan persembahan yang baik.
“Mungkin ramai yang perasan saya memang tidak menggunakan tongkat dan
itu saya lakukan kerana tidak mahu mendapat undi simpati daripada orang
ramai. Apapun saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang
tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami,” ujarnya.
Keputusan akhir MLM 2012 menyaksikan Jozan mengungguli kedudukan
teratas dengan markah sebanyak 22.9 peratus dan diikuti Jambu yang
muncul selaku naib juara dengan markah sebanyak 21 peratus.
Shiro yang berada di kedudukan ketiga pula memperoleh markah sebanyak
19 peratus. Boboi pula sekadar berpuas hati di tangga keempat dengan
18.8 peratus, manakala Saywho pula meraih markah sebanyak 18.3 peratus
untuk berada di kedudukan kelima.
Dengan kemenangan tersebut Jozan berjaya membawa pulang hadiah wang
tunai sebanyak RM500,000 serta trofi, Jambu (RM250,000), Shiro
(RM150,000), Boboi (RM50,000) dan Saywho (RM15,000).
BARISAN finalis Maharaja Lawak 2012
sudah memberikan persembahan berdaya saing hebat pada malam final yang
berlangsung di Johor Bahru, kelmarin.
tahniah buat mereka berdua ye !
ReplyDeleteYup Tahniah to both of them kan..rezeki they all this time!!
DeleteJika di mukur prestasi sepanjang MLM, rasanya Jambu lebih layak menang...Tapi undian sms, yg ramai peminat akan menang, lagipun Jozan pun tidak kurang juga bagusnya.
ReplyDeleteYup BM..Both of them bagus actually, Jambu konsistent while JOZAN ni ada aura yang kuat...and maybe rezeki dia orang this time..
Deleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالخرج
شركات نقل وتنظيف
ReplyDeleteشركات نقل عفش بالطائف
شركات نقل عفش بالمدينة المنورة
شركات نقل عفش بمكة
شركات نقل عفش
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركات تنظيف بمكة
شركة مكافحة حشرات
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالرياض
شركة كشف تسربات بالرياض
شركة عزل اسطح بالرياض
شركة تسليك مجاري بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف مساجد بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف خزانات بالرياض
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالرياض