Misi Rasulullah SAW, Nabi Akhir Zaman
Esok, kita akan meraikan satu peristiwa penting dalam sejarah dunia dan umat Islam. Peristiwa itu adalah kelahiran Muhammad bin Abdullah yang terpilih menjadi nabi dan rasul Allah terakhir kepada seluruh manusia.
Di tengah-tengah kegembiraan kita dengan kelahiran baginda, tersimpan
hakikat besar yang patut kita renungi bersama. Pengutusan Rasulullah
SAW adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Kehadiran baginda di
muka bumi menandakan dunia telah hampir kepada kehancuran.
Allah SWT berfirman: Maka tidaklah yang mereka nanti-nantikan
melainkan kiamat yang akan datang dengan tiba-tiba. Sungguh telah
terjadi tanda-tandanya. (Muhammad: 18)
Apabila menafsirkan ayat ini, Al-Hafiz Ibnu Kathir menulis:
"Pengutusan Nabi SAW adalah antara tanda-tanda kiamat. Sebab baginda
adalah penutup para rasul. Allah menyempurnakan agama ini dan menegakkan
hujah kepada seluruh alam dengannya."
Usia umat manusia
Pelbagai hadis Nabi SAW menyebutkan dekatnya pengutusan Baginda
dengan kiamat. Perselisihan masa yang memisahkan antara keduanya ibarat
jari telunjuk dengan jari tengah.
Baginda SAW bersabda: Aku diutus dan hari kiamat seperti jari ini dan ini. Baginda mendekatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa baki umur umat
manusia setelah kedatangan beliau hanya seperti antara solat Asar dan
Maghrib sahaja. Baginda bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya
perumpamaan umur kamu bersama umur bangsa-bangsa sebelum kamu adalah
seperti antara solat Asar dan terbenam matahari. (riwayat al-Bukhari)
Berkata Ibnu Kathir dalam Al-Nihayah: "Hadis-hadis ini
menunjukkan bahawa usia dunia yang terbaki hanya sedikit sahaja. Akan
tetapi tiada yang mengetahui masanya yang terbaki selain Allah."
Hakikat ini bukan ditujukan agar melahirkan kepanikan. Akan tetapi,
ia sebagai satu peringatan agar kita bermuhasabah dan segera
mempersiapkan diri untuk akhirat. Apa-apa yang hendak dibawa ke akhirat,
maka persiapkanlah dari sekarang. Dan apa-apa yang tidak ingin dibawa
ke akhirat, maka tinggalkanlah dari sekarang.
Misi penting
Salah satu ajaran terpenting Rasulullah SAW adalah seruan untuk
meninggalkan berhala yang menajisi kesucian minda manusia. Baginda
mengajak umat akhir zaman untuk memerdekakan fikiran daripada belenggu
berhala, dan hanya menyembah satu-satunya tuhan yang hakiki: Allah SWT.
Berhala adalah simbol tuhan palsu yang diciptakan Iblis untuk
menyesatkan manusia. Tuhan palsu ini mengambil bentuk yang
bermacam-macam sesuai dengan tingkat intelektual manusia.
Berhala pernah berbentuk batu seperti Lata dan Uzza. Ia juga pernah
berbentuk penguasa yang kuat seperti Firaun dan Namruz. Namun pada zaman
ini, berhala seringkali mengambil bentuk wang ringgit.
Kuasa duit
Kebanyakan manusia menyembah duit dalam sedar mahupun tidak sedar. Ia
menjadi motivasi dan penggerak semua aktiviti. Mereka belajar untuk
duit. Mereka bekerja untuk duit. Mereka makan dan minum agar kuat
bekerja mendapatkan lebih banyak duit.
Kuasa duit mampu membuat seseorang tertawa ataupun menangis. Ia mampu
memutuskan atau menjalin ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Kerana
duit, sebahagian orang bahkan rela melepaskan iman dan maruah dirinya.
Sungguh itu sesuatu yang merugikan bagi orang yang menjadi hamba duit.
Nabi SAW pernah bersabda: Celakalah hamba Dinar, hamba Dirham, hamba pakaian. Jika diberi, bergembira. Jika tidak diberi, mereka kecewa. (riwayat al-Bukhari)
Umat Muhammad
Sebagai umat Muhammad SAW, kita mesti menjauhkan gaya hidup yang
meletakkan duit sebagai penentu segalanya. Kita bukan hamba duit, kita
hamba Allah SWT. Kita perlu duit hanya kerana ia satu jalan untuk lebih
mendekatkan kita kepada Allah SWT dan menyumbang kepada agama-Nya.
Itu sebabnya Rasulullah SAW memuji harta yang banyak apabila berada
di tangan yang tepat. Baginda Nabi SAW bersabda kepada 'Amr bin Al-'As: Wahai 'Amr, betapa bagusnya harta yang baik bagi laki-laki yang soleh. (Diriwayatkan Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)
Semoga musim maulid Nabi tahun ini memberikan keinsafan kepada kita
tentang hakikat diri dan tugasan besar yang mesti dilakukan di dunia.
Selamat meraikan maulid Nab1.
Selawat & Salam Ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Selawat & Salam Ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
❤ Assalamualaikum, tuan owner , saya nk mintak izin tumpang promote sikit ya.
ReplyDeleteWahai wanita, teringinkah kulit yang mulus dan gebu? Bersih dari jeragat dan kulti bercahaya? Jika ingin lawati lah blog saya! Sempena harga promosi masih berlangsung, cepat2 dapatkannya! Segala pertanyaan akan dilayan dengan mesra :)http://qistinaharisa.blogspot.com/
Salam Maulidur Rasul..
ReplyDelete